Azam Tahun 2018

As-Salam,
Selamat pagi kepada pembaca blog den ni..
Mulakan hari-hari anda dengan senyuman..

nah belanja kelender tahun 2018
sumber kalender ini adalah daripada blog GI station

sempana tahun 2018 aku mempunyai beberapa azam yang perlu dicapai antaranya:

1. Belajar untuk menyimpan wang simpanan/ aset
ya ini aku perlu simpanan selain simpanan kecemasan
yang aku perlu tanam azam untuk tahun ini..sebab umur ku pon telah 30 series..
so kene wat simpanan masa hadapan takot terdapat masalah kesihatan ke.
lagi pon sudah hilang satu beban tangunggan ku iaitu hutang pinjaman pelajaran...
so boleh la aku reschedule balik perbelanjaan bulanan ku..
atau adakah aku patut melabur untuk aset ASB?


2. Sattlekan hutang dengan segera
perkara ini amatlah berat bagi ku kerana sering diuji kekeringan wang secara tiba...
oleh itu aku perlu ada tekad untuk melunaskan hutang2 ku apabila masuk sahaja awal bulan
kerana aku telah merasa seksanya hidup dalam keadaan berhutang liabiliti bukan semasa,
iaitu hutang kereta ku..
so jika aku nak tambah hutang lagi, aku kene punctual di dalam urusan hutang liabiliti ku...
moga dipermudahkan hamba mu ini untuk melangsaikan hutang2 di dunia ini..

3. Perlu tanamkan azam untuk memiliki rumah
ya aku perlu serius untuk azam yang satu ini.. kerana aku x tahu lagi takdir hidup ku ini..
dan x salah aku berazam untuk memiliki rumah pertama..haha
oleh itu aku perlu konsisten bagi azam no.1 dan no. 2 itu..
maka insyallah azam ini akan tercapai...
kerana pada tahun lalu aku menyesali tindakanku ..
kerana hampir 3 kali melepaskan peluang memiliki rumah PR1MA.. 
ya mungkin aku bengong..
but kerana kewangan aku pada tahun 2017 amatlah terumbang-ambing..
dan apabila nama ku naik untuk cabut undi..
aku berada jauh di Merapoh ini.. selain itu tarikh cabutan undi x sesuai dengan jadual kerjaku..
dan jika aku pulang aku teramat penat.. haha alasan aje..
but kali ini aku memang take serius berkenaan perkara ini..
oleh itu aku telah memohon semula pr1ma (semoga dipermudahkan pemilihan dan nama aku x di blacklist kan...ammin)
disamping itu jua aku jua telah memohon Perumahan N9.. (insyallah akan ada article berkenaan hal ini)

rumah indamanku rumah binaan kayu dan sedikit sentuhan moden 
lokasi di tepi anak sungai dan pemandangan menampakan lembah bukit..hahaha... 
indah sungguh angan2 dari rupa..

aku sedar kewangan diriku ini
hanya mampu miliki rumah teres atau apartment murah..
jika aku mampu memilikinya dangan titik peluhku ini,
teramatlah aku bersyukur..


4. Perlu menjaga kesihatan diri dengan sebaiknya
ok aku sedar diri tergolong antara senarai orang2 yang obes di negara ini..hehe
disebabkan hormon aku yang tidak seimbang kerana masalah kegemukan badan ini
aku hampir nak pergi doc. sikit puan..dan sekarang aku mendapat kembali sesak nafas jika terbatuk..
tekad untuk menjadi sihat antara bucket list untuk tahun 2018 ini..
untuk tahun 2017.. satu aktiviti larian pon aku x masuk..haha..
sebab event jauh antara penyebab utama.. kerana aku balik kebanyakan dihabiskan di kg. sahaja..
so untuk tahun ini insyallah aku akan cuba berjalan sepertima aktiviti harian semasa di kl dahulu..
but nasihat doc. untuk kuruskan badan aktiviti senaman menyumbangkan 20% ..
80% adalah dari segi pemakanan .. oleh itu diet yang seimbang perlu diamailkan..
seperti kurangkan minuman manis.. haha aku masih belajar..
cos kat GM ini, minuman manis itu memang sukar dipisahkan..
chayok2 to myself.. kerana sape la nak sayang aku.. melainkan diri aku sendiri..haha
huum kalau azam untuk kurus itu..nanti2 la aku pikir..hahaha

semasa aku pernah mengikuti kelas kuruskan badan dahulu..haha
Squat ini adalah aktiviti basic untuk mendapatkan bentuk badan ideal..
peringatan : walaupon ingin kuruskan badan, 
sarapan pagi jaganlah sesakali dilupakan..
kerana tanaga itu adalah untuk aktiviti seharian kita..

5. Perbelanjaan berhemah iaitu membezakan keperluan dan kehendak 
aku bersyukur (alhamdulillah) kerana diberi dugaan kewangan semasa di perantauan ini..
sekurang-kurangnya aku dapat membezakan antara intan dan permata..haha lawak je la..
perbezaan seperti keperluan.. barangan penjagaan harian dan makanan..
manakala kehendak.. barangan mekap dan barangan hiasan yang x pernah puas nak beli..
ya di GM ini keperluan harian ku sehingga pakaian wanitaku pon sudah lusuh................
aku dah pandai berkira...aku mula berfikir2 jika aku beli barangan tersebut 
adakah aku mampu ikat perut sehingga akhir bulan..
oleh itu aku sering masuk mall dan keluar kembali tanpa membeli apa2 pon..ya menjadi miss kedekut..
dan aku hanya membeli barangan keperluan makanan di kg. halaman..iaitu di family store..
kerana harga di sana 2x lebih murah kot.. lantak la berat kereta drive balik.. janji puas hati..
but untuk perbelanjaan makanan harianku tidaklah aku berkira kerana 
itu adalah reward diriku setelah penat bekerja..

aku celok pic ini daripada blog orang..haha
kedai wajib singgah jika aku balik kg.
event orang Tampin, Seremban dan mak cik aku KW pon datang shopping sini..haha
tapi kalau kira2 duit minyak ke sini pon sama je beli di mall sana..huhu
mungkin alasan mahu jalan2 ke Rembau kot..

ok article berkenaan perbezaan harga barangan keperluan di 3 mall di Rembau 
insyallah akan ditulis..
dan article berkenaan kedai eco rm2.20 di bandar2 utama..

6. Aku cuba untuk mengembirakan ahli keluargaku dan insan2 yang banyak membantuku 
ya azam ini aku dah laksanakan sedikit tahun lalu..
seperti membawa adiku ke CH dan terkini ke Putrajaya sebagai reward mereka..
nampak simple but kenangan bersama adik2 ku memang tidak dapat dikira dengan wang..
kerana air yang dicincang tidak akan putus..gado2 aku jumpa mereka jua..

jika aku mengembirakan orang lain namun aku yang menjadi sedih.. tidak seronok juga..haha
tahun lepas jua aku berkenalan dengan orang cuba mengambil kesempatan kebaikan diriku..
haha.. sebab aku memang pegang prinsip jika x kenal.. maka x tahu.. 
jika dengar mulut orang x semuanya betol kerana berkemungkinan ditokok tambah..
tapi setelah berkenalan baru la ku tahu.. 
berkenaan khabar angin yang aku dengar mungkin ada kebenaranya.. walaupon x semua..
ini membuatkan aku lebih berhati2.. 
kerana antara penyebab demamku jua disebabkan tension di pejabat dan kos sara hidupku dan tension dengan O2dS maybe.. 

beza antara kerelaan dan kesempatan...
kerana rela itu, adalah ikhlas di dalam perbuatan.. namun jika kesempatan pula.. errmm
sebab aku pon pernah cuba diambil kesempatan secara fizikal.. namun itu dahulu ..

jika kesempatan dari segi kewangan dan keringat ini aku masih berfikir2.. betol ke tindakan aku ini..
jika salah langkah maka salah investment takdir hidup ku ini..
kewangan aku pon x kukuh.. xkan la aku nak sara seorg lelaki pula..haha
entahlah..
jika ada hati yg nak petik aku terima aje...haha
kerana HIALB

sekian,
T.Q kerana sudi membaca




Durian

Nama mu jika disebut akan menimbulkan seribu satu perasaan..
ada yang terliur, ada yang terasa geli disebabkan bau nya dan ada juga yang x pernah dengar..haha
tetapi bagi den durian ini mempunyai nilai marketnya yang tersendiri..
masakan tidak...jika tidak x tercipta lah cendol durian, kek, ais krim dan sbgnya..
durian yang popular di malaysia adalah Musang King, Kunyit, kg. dan lain2..
walaupon durian kini mudah didapati,
kerana musim berbuah boleh dikatakan 4 kali setahun..
namun harganya adalah ridiculous.. maaf den katakan harga dia terlampau mahal..

sejak sistem timbang kilo diperkenalkan..
kerana kadang2 harga sekilo hampir mencecah lebih daripada rm10 malahan lebih lagi..
dan mustahil untuk rakyat meheran untuk menjamunya...
melainkan membuat simpanan lebih/ duit lebih/ mengidam tetiba..

disebabkan itu den kadang2 merasa depress jua tengok kedai jual durian di tepi jalan ini..
di dalam hati habis memujuk diri menyatakan mahal.. jimat duit sikit oi minah..
tapi bau durian dah menusuk di dalam kereta..
sabar je la duhai hati oi.. sebab sedar diri ku x mampu untuk membayarnya..
so nangis di dalam hati je la..padahal mulut dah meroyan seorang2 di dalam kereta..
haha..

namun jika wang aku berlebihan hujung bulan ini..
aku memang ade niat nak belanja keluarga, rakan2 dan saudara ku durian..
sebab dah lama rasanya mendapat permintaan daripada mereka..

disebabkan takut terliur..
kang termengidam pulok..so
den belanja gambar pokok durian je la..😉

nota kaki:
aku mendengar rumor menyatakan kat BUGM terdapat ladang durian musang king yang teramatlah besaq..
and of course dimiliki oleh kaum 2nd minority in Malaysia ini..tahniah

TQ for mambaca this article..
dan jangan lupa selitkan di dalam doa..
#prayforpalastine


Catatan seorang pengembara

As salam,

Diriku seorang pengambara,
Mengembara bagi menghilang sisi yang lara,
Namun tiada beza nasib seorang pengembara,
Kerana ketika mengembara terdapat banyak sisi duka daripada berita yang gembira..

Ketika mengembara terdapat banyak pengalaman yang telah dipelajari olehku,
Ternyata diriku hanya insan yang kedil yang tiada punyai apa-apa menyebabkan aku reda dengan takdirku,
Menyebabkan aku lebih merintih kepada-Nya yang satu..

Karana setiap lara ku ini tidak perlu la dititipkan di catatan duka,
Kerana diriku sudah terbiasa,
Hanya airmata menjadi peneman dikala diri dikala duka,
Namun kadang-kadang terkucil jua,
Meluahkan perasaaan di cacatan duka walaupon hanyalah publish sementara..

Oleh itu aku sering melihat sinar cahaya disebalik awan-awan yang megunjung tiba,
Kerana disitu akan muncul pelangi walupon sekejap sahaja,
Kerana itu aku lebih mencari hikmah bagi setiap luka-luka..

Untuk menjadi seorang pengembara perlu bersedia dari segi segalanya,
Kekuatan dari segi fizikal dan paling penting mental kerana dugaan kewangan memang segalanya,
Oleh itu aku lebih mencari dari segi pengalaman sahaja,
Kerana pengalaman memang memang tiada tolok harga nilaiannya..

Oleh itu jika sebarang tomahan dan cacian aku terima seadanya,
Kerana hatiku telah lama mati,,
Sejak sebelum aku  memilih jalan untuk menjadi pengembara lagi..

Namun kini keluargaku sering mengigatkanku,
Untuk berhenti dari kembaraan ini,
Untuk pulang kembali di daerah ku mencari rezeki dahulu,
Kadang-kadang aku rasa persolan itu sering memberatkan lagi masalahku ini,
Kerana jika aku pulang ke sana.. mampu kan aku mengawal diriku supaya x menjadi seperti dahulu,
Arrgh kadang-kadang aku pon x paham diri ku yang tak serik dilukai ini...

Aku terima sahaja takdirku ini sebagai pengembara,
Kerana di dalam islam pon mengalakkan untuk mengambara,
Untuk melihat keindahan ciptaannya dan mempelajari sifat dan ragam manusia..

Nota kaki..
Huum sedaya upaya jua menulis cerpen luahan ini walaupon aku tahu amat teruk susunan bahasanya..
Kerana aku bukan pandai berpuitis orangnya.. haha
Tetapi aku sedaya upaya jua menulisnya..


throwback gambar diambil di PCB..
pemergiaan ku ke KB untuk menuntut ilmu..
kerana jarang ilmu diberi dengan percuma


Koleksi gambar-gambar phone ku sepanjang perjalanan ku ke GM_vol.1

As-Salam,
Sudah lama aku memang ingin upload kan gambar-gambar yang menarik di sepanjang perjalanan diriku di Gua Musang ini...
alhamdulillah keindahan alam semulajadi ciptaan Allah menjadi terapi diriku hampir setiap hari...
ingin aku upload di ig but nanti jadi panjang pula post nya nanti..
oleh itu aku mengambil keputusan untuk menulis artikel ini..

1. Perjalanan KL ke GM (FT08)

Lokasi ini adalah di site projek CSR di Mentara Baru


Gambar diambil pada waktu magrib di Bentong


Lokasi di laluan CSR Sek. 3H - jalan CRCP
  

Lokasi yang sama seperti gambar di atas 
namun diambil pada waktu hampir hujan


Lokasi di laluan exit CSR menuju ke Merapoh


2.  Pemandangan gua batu kapur di Gua Musang

Lokasi si SMK Lepan Jaya


Lokasi di Taman Etnobotani, Kesedar


Gambar di lokasi yang sama


Lokasi di rumah member Taman Wira Perdana


Ok..hampir setiap hari pemandangan ini lah yang aku nampak 
setiap kali membuka pintu rumah sewa..
subhanallah
(lokasi rahsia..haha)


jika diberi pilihan antara 
pemandangan hijau bukit bukau atau 
lautan biru luas terbentang..
memang aku suka kedua-duanya
tetapi aku lebih menyukai pemandangan hijau kerana aku adalah orang kg.
yang sudah biasa melihat bukit bukau yang menghijau..
namun 
kenapalah dp whatsapp ku pamandangan biru laut.. haha

End...

Terima kasih 😉


Proof Rolling Test untuk Projek JKR

As-Salam,

Untuk makluman tujuan proof rolling test adalah untuk memastikan kekuatan mampatan permukaan subgrade memenuhi sepesifikasi semasa compaction dilakukan di tapak. Sepertimana yang terdapat di dalam sepesifikasi JKR yang menyatakan:

Objective: The purposed of this method is to perform the testing of the stability and uniformity of the subgrade compaction in compliance with the specification


Skop kerja bagi proof rolling ini adalah:

  • Perlu mengenal pasti lokasi CH sepertimana yang terdapat di dalam lukisan.
  • Ujian ini dijalankan di atas permukaan subgrade apabila compaction sudah mencapai 95% of the maximum dry density and trimming capping as per specification tolerance
  • Dijalankan di permukaan formation level (iaitu lapisan subgarde) sebelum kerja-kerja pavemant dilaksanakan

Peralatan:
  • Mesin proof rolling yang perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
    • Tandem axle, dual whell truck (bermaksud tandem yang mempunyai gandar di bahagian kiri dan kanan yang perlu ditarik tengan trak)..kalau kurang paham sila rujuk gambar di bawah (contoh bagi projek Seksyen 3E2)
    • Saiz tayar - 508mm (20 inci)
    • Tayar pressure - 1030 kPa (150psi)
    • Berat max. yang diperlukan adalah 50 000kg (50 tan) - Kebisaan mengunapakai kiub konkrit semasa load test/ atau perlu kiub konkrit yang bersesuaian.
  • Stright edges, measuring tape (Boleh mengunapakai semula peralatan untuk CBR test)
  • Tire pressure gauge 
**untuk penyediaan mesin ini mungkin mempunyai sedikit kesukaran kerana tandem axle ini sukar diperolehi disamping perlu menyediakan tayar yang besar untuk menampung berat kiub konkrit tersebut. Sehubungan dengan itu pemilihan tayar kadang-kadang amat sukar sehingga terpaksa mengunapakai tayar mati. Ini adalah kerana bagi mengelakkan daripada tayar meletop/ lori akan terbalik. Tetapi sebarang keputusan untuk merealisasikan peralatan tersebut adalah di atas persetujuan S.O.


Contoh proof rolling yang digunapakai di tapak projek



Prosudur/tatacara kerja di tapak:
  • Mengenalpasti lokasi kawasan 
  • Proof rolling test tidak boleh dijalankan jika lapisan subgrade terlalu kering atau terlalu basah dan jarak mestilah kurang daripada 4.6 daripada abutment / retaining wall (ini bermaksud gelekan permukaan tayar lori tersebut perlu dielakkan 4.6m  daripada bahu jalan jika di kawasan fill area)
  • Perlu mematuhi skop kerja dan peralatan seperti senarai di atas
  • Ujian dijalankan di bahagian lapisan subgrade iaitu 300m fill
  • Kelajuan mesin proof rolling adalah 4.0km/h sehingga 8.0km/h atau berjalan dengan kadar yang sesuai tanpa masalah. (kelajuan perlu disesuaikan untuk dengan mengambilkira settlement, cracking, elastic movement or plastic movement daripada lenyekan permukaan tayar dan bahagian subgrade.
  • Proof rolling test perlu dilakukan selari sepanjang jajaran jalan (longitudinal lanes)

Contoh bilangan proof rolling test yang perlu dijalankan 
jika mempunyai 2 tayar per gandar.


Selepas gelekan ke atas lapisan subgrade telah dilakukan, untuk mengetahui test ini lulus atau fail di ch. tersebut, nilai lekukan di bawah tayar proof rolling hendaklah ditentukan. Kaedah ini dipanggil sebagai 'Failure Deformation Limit (FDL)'

yang dimaksudkan FDL adalah 
bacaan yang diambil diantara gelekan tayar dan level asal permukaan lapisan subgrade
(level yang dimaksudkan adalah 150mm/ tinggi edge)


Contoh bacaan yang akan diambilkira selepas gelekan 


Nilai mendapan FDL permukaan lapisan subgrade akan diambilkira sepertimana contoh pengiraan R di gambar di bawah :

i.    Settlement or Deflection; < 25mm = Acceptable
ii.   Settlement or Deflection; > 25mm but < 50mm = Acceptable 
      (if there not substantial cracking  or lateral movement of the soil).
iii.  Settlement or Deflection; > 50mm but < 150mm = Fail
iv.  Settlement or Deflection; > 150mm = Fail
      (to use remedial works for soft subgrade clause)

untuk lebih memahami cara pengiraan nilai R adalah merujuk contoh ini


Maaf oleh kerana malas nak translate mengunapakai ayat buku sahaja.

Apa yang dimaksudkan ayat di atas adalah:
  • Jika mendapan tanah di antara 25mm sehingga tidak melebihi 50mm maka test tersebut dikira lulus. (namun perlu memastikan tanah tersebut tidak ada cracking dan enapan yang terlampau)
  • Namun, jika mendapan mendapan melebihi 50mm sehingga 150mm permukaan subgrade perlu wat kerja rework seperti scrapers kembali permukaan tersebut, compact kembali dan ambil bacaan FDT.
  • Dan jika mendapan melebihi 150mm pula, perlu membuat remedial work (ok ini susah sikit prosuder die)

Remedial work yang dimaksudkan adalah :

Kerja-kerja penambahbaikan bahagian subgred level. Apabila lapisan subgred didapati gagal (bacaan mendapan melebihi 150mm) maka pihak kontraktor perlu melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan terhadap kegagalan lapisan tersebut, iaitu perlu removed lapisan subgrade tersebut setinggi 300mm (di atas arahan/persetujuan daripada S.O) dan perlu digantikan dengan lapisan tanah yang sesuai sehingga formation level.

Maksud tanah yang sesuai yang perlu diganti perlulah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan (ini perlu merujuk dokumen kontrak) dan perlu di compact lapisan demi lapisan. 



Sumber artikel ini adalah daripada :
> JKR Standard Specification -  Section 17 - Proof Rolling Test (bagi projek CSR)
> Rujukan nota supervision team Projek CSR Sek. 3E1 dan 3E2



Nota kaki :

-  Terima kasih kerana telah up kan entry ini menjadi di antara carian utama di laman sesawang Google Malaysia.
-  Tulisan article saya ini adalah berdasarkan bacaan standard spesifikasi dan permerhatian/ tunjuk ajar oleh supervision team semasa taklimat dan pelaksanaan di tapak bina.
-  Sebarang komen/ pembetulan kesilapan bagi penambahbaikan ruangan article ini adalah amat digalakkan. Seperti typo kesilapan maklumat dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.




Engineer seperti aku_no. 1

As-Salam,

Sebagai junior engineer yang telah menceburi bidang pekerjaan hampir 4 tahun
entahlah aku rasa baru kini macam bersemangat kembali memilih bidang ini
kerana penuh dengan cabaran dan sentiasa mempelajari sesuatu yang baru..so x bosan la sanggat..

bila aku di tempatkan di tapak ini
pelbagai perkara yang baru aku pelajari..
dari permohonan dan kualiti kerja
dan terkini aku telah mengikuti fast track khusus di opis  berkenaan penyediaan cpm

ternyata lah bukan senang nak buat cpm ini.. berpadanan la dengan gaji mereka..
kerana untuk membuat cpm ini memerlukan pengalaman on site..
kerana base on the site experience akan menentukan type of activities, time, quality machinery & ext.
unless anda copy dan paste daripada previous project / cpm anda x sama sepertimana kerja2 on site..
kerana daripada cpm boleh memperolehi data seperti..
kemajuan kerja daripada segi fizikal dan kewangan..berserta dengan unjuran bulanan..
dan banyak lagi
nampak macam mudah..but jika x berjaya track project finish on time..sampai x tido malam kau....
aku ni pon terkial2 mempelajari cpm ini.. sebab baru nak belajar..
sebelum ini belajar but not apply... belajar pas itu bungkus..
insyallah kalau aku dah pro aku akan update berkenaan cpm di blog ini..
tapi entah bila lah..hahaha

kerana
kerja-kerja lain ku pon tidak terkejar..
jika dahulu aku konon2 mahu update kerja2 on site..
x update info pon..haha
bukan apa..kerana baru aku nak belajar item tersebut.. mesti ada aje masalah2 lain dok kejar..
kerana itulah aku x update2 lagi...

dan kerana itu lah job requirement for engineer...
secara pro ratanya memerlukan pengalaman on site supervision at least 3 years..
req. ini memang kejam untuk freshie graduate..
but jika x berpengalaman ini lah yang meyebabkan selalu dikencing oleh con. dan sub con.
kerana nak mengejar less project cost and activity must finish on time..
namun kadang2 terdapat  kualiti tidak mencapai spasifikasi/ standart dan
kuantiti yang dikurangkan (seperti penukaran saiz dia. besi tanpa pengetahuan) atau
kuantiti turun daripada langit (seperti kerja2 earthwork yang x balance seperti mana yang telah dikira mengunapakai mass haul diagram)
ini baru sedikit sebanyak masalah on site project aku..
terdapat banyak lagi masalah2 entah bila nak sattle pon ade...haha

secara kesimpulanya di dalam bidang civil engineering memang menyeronokan
jika anda suka mempelajari sesuatu yang baru...
kerana setiap projek berkemungkinan belainan permasalahan..dan cara penyelesaian..
but mesti ada azam untuk take the challenge..
sepertimana aku tinggal jauh dari negeri asalku...
untuk memperolehi pengalaman on site..
dan kene ketepikan sedikit rasa malu..cos aku kerja kebanyakkan nya lelaki ma..
kalau malu bertanya.. bodoh sombong la jadinya..
takot jadi ilmu sesat atau katak di bawah tempurung la...
haha..
end for today..

Gambar borepile work in pogress

Gambar kerja-kerja tanah sedang dijalankan

Rumah Kartun & Komik Malaysia (MCCH)

As-salam...
Terdapat tarikan tebaru di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur..
iaitu Rumah Kartun & Komik Malaysia/ MCCH (Malaysia Cartoon & Comic House)
adalah muzium untuk kartun, karikatur & komik Malaysia...yeea kita dah ada muzium untuk kartun..

padangan sisi kanan muzium

pandangan dari hadapan muzium

sumber daripada flyers yang diedarkan:
MCCH menempatkan galeri dan arkib bagi mendekatkan masyarakat 
kepada seni kartun dan komik negara...
Mula dibuka kepada orang ramai pada 1 April 2017..
Menyusuri sejarah perkembangan seni kartun dan komik sejak zaman silam 
bermula pada awal 1930-an sehingga ke karya mutakhir...
MCCH mempamerkan lebih 500 keping kartun dan komik yang dihasilkan oleh 50 karyawan negara..
sebilangan besar daripada koleksi adalah karya asal yang dihasilkan 
oleh pelukis kartun dan komik tersohor negara..

antara majalah yang menjadi kegilaan pada satu ketika dahulu



kartun tribute tokoh2 pemimpin, atlet, seniman dan insan2 tersohor negara

Alamat : Taman Botani, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10 pagi - 5 petang (dibuka pada setiap hari)
No. office : +603-7772 3140
Entrance fee : FREE

ok daripada pandangan aku yang gilakan majalah seperti komik sejak dari sekolah dahulu..
muzium ini amatlah berbaloi untuk dilawati.. walupun ruangan nya kecik..
namun padat dengan kartun, karikatur & komik..
dan terdapat jua penjualan majalah tersebut..seperti gempak starz, mat despatch dll.

terdapat jua tabung kutipan sumbangan kepada MCCH
moh kita sumbangkan kepada muzium ini

antara kartun & karikatur yang menarik...

karikatur Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang 
sedang mengumumkan kemerdekaan 

 
turut dipahatkan karikatur2 bagi pemenang sukan SEA pada baru2 ini

antara ruang kartun yang turut dipamerkan


Turut ditempatkan ruangan jualan komik yang terkini seperti Gempak Starz

 ruangan ini menjadi kegilaan pada remaja dan kanak2

 Turut terdapat khidmat melukis karikatur bagi sesiapa yang berminat

khidmat bayaran seperti yang tertera di gambar

hampir separuh daripada generasi kanak2/ remaja kini sudah kurang meminati hiburan berbentuk majalah ini..
saya rasa beruntung kerana turut merasa zaman kegilaan majalah gila2, ujang, apo..
dan pada zaman remaja pula beralih kepada komik gempak starz...hehehe
sedih jua banyak syarikat yang otai2 terpaksa ditutup kerana kecangihan teknologi gajet ini..
huumm... berharap industri ini dapat diteruskan dan tidak lapok dek zaman...
kerana bukan senang untuk membuatkan orang ketawa dengan
hanya berbekalkan pen, kertas dan idea sahaja..
majulah industri kartun, karikatur & komik di Malaysia..

Nota kaki:
Terjumpa muzium ini dikala hendak bawa adik jalan2 di taman kerana alang2 dah datang kl ini..
Cos belum gaji...so bawa jalan2 di taman je la.. but ternyata berbaloi..hehe

Lagu Nasyid Terbaik pada 90an & 20an

As-Salam,
tahun 90an dan awal 20an antara zaman kenaikan lagu-lagu nasyid..
setanding dengan lagu-lagu jiwang pada zaman tersebut..
mugkin aku yang di sek. agama so memang hadam la lagu-lagu nasyid ini..
antara lagu-lagu nasyid yang popular pada zaman dahulu adalah..

Brothers - Teman Sejati
lagu wajib di nyanyikan apabila menghadiri kem-kem motivasi...ha2
ok ahli kumpulan yang popular adalah Yasin


Sayang-Sayang = Huda
Comel-comel belaka penyanyi kumpulan ini, sejuk mata je tengok..he2
antara lagu lain yang popular Huda - Suruhlah Anak Sembahyang


Peristiwa subuh - Raihan
Sebuah kumpulan yang sangat popular pada zaman dahulu
terdapat banyak lagu yang popular...
but den kalau down suka dengar lagu Kasih Sayang..


Aku Tanpa CintaMU - Mirwana feat Jay Jay
no komen kalau anda ternampak FT di lagu ini


Sepohon Kayu - Saujana
lagu epik ni kerana kalau malas solat, gerenti teringat lagu ini..hahaha


Menanti Di Barzakh - Far East


Pergi Tak Kembali - Rabbani 
begitu banyak lagu-lagu nasihat daripada kumpulan Rabbani
Al fatihah kepada arwah Ustaz Asri


Sumayyah - Hijjaz
Antara kumpulan nasyid yang otai masih aktif


Nur Kasih - In-team
lagu-lagu kumpulan ini menjadi kegilaan pada zaman den sekolah
kerana kebanyakkan lagu ala-ala jiwang..


Dami Cinta - UNIC

Sebuah Pertemuan - UNIC

ok kali ini den spam lagu UNIC banyak sikit 
sebab juara GGV musim pertama kan..huhu
den kalau tengok lagu lama UNIC ni mesti tergelak2 tengok Hafiz Hamidun
muka suci gitu...bahaha... gelak jahat...

ok jom kita layan lagu yang tengah 1st tending di YouTube Malaysia
sehingga hari ini iaitu

UNIC – Ainul Mardhiah
versi okestera tahun 2017 

versi asal lagu ini

Sekian, terima kasih.

Resepi Kek Coklat

As-Salam,
Disertakan resepi kek coklat bakar daripada my family...
resepi turun temurun daripada mak su..
mak su pula belajar daripada buku resepi je..

Bahan-bahan beserta sukatan:

1 cawan butter (1 buku)
2  3/4 cawan tepung gandum (suffer fine)
2  1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan serbuk koko
2 cawan air panas atau digantikan 1 cawan air dan 1 cawan susu fresh milk
2 camteh soda bicarbonate
1/2 camteh baking powder
1  1/2 camteh vanilla
1/2 camteh garam

Cara-cara

1. Air panas di gaulkan bersama-sama serbuk koko dan dibiarkan sejuk
    (p.s : air panas boleh digantikan dengan 1 cawan air suam 1 cawan susu suam
             dan 1 cawan serbuk koko. Sila pastikan tiada serbuk koko yang bergumpal)
2. Ayak tepung bersama-sama dengan baking powder, soda bicarbonate dan secubit garam.
    (jika mengunapakai self raising flour hanya perlu menambah s.bicarbonate dan garam sahaja)
3. Butter dan gula diadunkan sekali dengan menggunpakai mixer. Pukul adunan sehingga kembang.
    (Kembang yang dimaksudkan adalah bancuhan tidak terbalik apabila diterbalikkan bowl.
     Bancuhan adalah tidak digalakkan di mix terlalu lama kerana dikuatiri butter akan mencair)
3. Masukakkan vanilla ke dalam bancuhan.
4  Pecahkan dan masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan dan pukul sehingga sebati sahaja.
5. Masukkan tepung dan bancuhan coco berselang seli ke dalam adunan.
    (Dimulai dang tepung dan diakhiri dangan tepung)
6. Bakar kek di dalam oven dengan suhu 300°C  di dalam 40-50 minit.
    (suhu dan masa adalah flexible kerana dikuatiri terlalu kering dan kek perlu dipantau selepas
    naik bau)
7. Apabila sudah masak sila sejukkan di suhu bilik dan boleh meletakkan topping.
    >>resepi topping kek coklat (link untuk resepi topping)

Rupa kek setelah diletakakan topping 

Bancuhan coco, air dan susu suam
Bancuhan adunan yang telah kembang untuk digaukan bersama-sama dengan telur

Aduanan yang perlu digaulkan dengan bancuhan coco dan tepung

Rupa kek yang telah masak

Powered by Blogger.

Followers