Kelabihan Arabic Gum

As- salam,
Kali ini aku nak menulis berkenaan kelebihan arabic gum kerana aku sebagai testomini terasan nak pi toilet sahaja ni😅😅😅...
Aku tahu berkenaan arabic gum ini base on my friends kerana die melawat org sakit.. bedasarkan perbualan beliau pesakit tersebut ade merekemenkan arabic gum ini... 
antara kelebihan arbic gum ini adalah:
- Menambahkan bakteria baik dlm usus
- Menurunkan kadar kolesterol dan risiko sakit jantung
- Menurunkan paras kretinin dan gula dlm darah
Dan lain2 insyallah dengan izin allah akan menjadi😅😅😅
Pada mulanya aku membeli untuk my family kerana ayahku pesakit kencing manis😌😌
Aku try la satu sudu kerana sesaja sahaja 
Namun sekarang ni aku yang sakit perut pula🤪🤪...



Ini gambar yang dicedok dari laman web lazada😌😌
Time ini tengah sale disebabkan mycybersale sempena bulan kemerdekaan ini🙄🙄
Jika berminat boleh la anda mencari di laman sesawang lazada..😬😬
Jika x percaya boleh la anda mencari sendiri kelebihan arabic gum ini mengunakan google..😏😏
Maaf enty ditulis mengunapakai hpku aje tu yang x letak link😅😅
Terima kasih kerana membaca✌🏻✌🏻✌🏻


Terapi kucing

As-Salam,

Kali ini aku ingin menulis berkenaan terapi kucing,
Manurut kajian jika anda membelai kucing dapat mengurangkan depresi si pembelainya
Aku tertarik untuk menulis article ini kerana semalam aku menonton Buliten Utama di TV3
yang menyatakan terapi kucing insyalllah akan mengurangkan risiko serangan penyakit jantung sehingga 40% dan stres...
Kerana keupayaan kucing dapat membantu penurunan hormon kortisol dan membuatkan seseorang itu bertambah gembira,
Kortisol ialah sejenis hormon yang dikaitkan terhadap penyesuaian fisiologi stres jangka panjang
untuk pengetahuan anda, kaedah ini telah lama digunapakai pejabat Jepun, iaitu terdapat rungan khas untuk kucing dibelai bagi mengurangkan stres kerja.. tu pong aku baru tahu semalam..huhu
oleh yang demikian jika anda tidak mampu untuk membela kucing, kerana persekitaran yang terhad..
atau penjagaan yang agak2 leceh kerana perlu membuang tahi kucing yang kadang2 kencing merata-rata...
anda boleh mengatasinya dengan sabun T.O.P..
haha gurau sahaja la..😂😅
ini anda boleh singgah ke 'cat cafe' di seluruh malaysia..
kini telah banyak cawangan cafe yang menawarkan khidmat satai begini..
untuk mencari kelainan mungkin..
untuk mengetahui kdimat cafe ini boleh membaca
article daripada>>Says
ini antara tempat yang aku suka singgah apabila aku bosan2 di office selain aticle di mstar online..😉

>>antara cawangan cafe di Putrajaya pong terdapat khidmat pecinta kucing di HeloCatCafePutrajaya


>>di Cheras pong ade juga la Good Meowning Cafe

walupong gambar setahun yang lalu namun montel2 belaka kucing2 ini
terasa nak picit2 je

articel ini menguanpaki rujukan

nota kaki:

- terdapat juga orang berangapan cafe kucing ini agak mahal.. berkengkinan mahal..
  namun jika boleh mengurangkan stres apalah singgat jika dibandingkan dengan wang ringgit..😄
- apabila aku mencari article ini terdapat yang menyatakan ada cafe yang terpaksa ditutup kerana        
   hasad dengki kepada pemilik cafe ini_hiis2 macam2 la leni...😒








Pameran pembinaan teknologi CRCP di CREaTE, Melaka

As-Salam,
Kali ini aku ingin menulis berkenaan Seminar on Cement and Concrete Application
yang telah berlangsung pada 1 sehingga 2 Ogos 2018.
Adalah dimaklumkan projek kami terlibat bagi pameran di booth bagi
Projek Central Spine Road; Seksyen 3H : Felda Telang ke Kg. Sebarang Jelai
bagi penggunaan teknologi Continuous Reinforce Concrete Pavement (CRCP) 
iaitu dengan ayat mudah penggunaan teknologi pembinaan jalan konkrit menggunapakai konkrit
dan besi sebagai base di bawah bertujuan sebagai joint.
Pameran ini telah berlansung selama 2 hari dan buat pertama kali aku terlibat dengan
pameran ini sekaligus sebagai ketua bagi menguruskan di booth ini.
Ternyata bukan senang untuk menguruskan pemeran ini kerana sudah terbiasa aku membantu sahaja.
Disebabkan aku terlalu manja kot...hahaha
D-day b4 pameran aku datang berlengang sahaja dan dikala sampai tengok kebanyakan booth pameran telah membuat persedaan dan sample bahan.
Aku menjadi cuak kerana aku telah menyediaan bahan2 untuk ditampal namun tiada board
oleh kerana diberi masa yang singkat untuk setting booth aku telah membeli barang2 keperluan
di bandar yang terdekat adalah iaitu di bandar Tampin
alhamdullah aku telah mendapat barang2 keperluan tersebut dengan mudah
kerana aku sudah terbiasa di bandar tersebut semasa aku study dahulu kerana bandar outing
ku adalah di Tampin kerana asrama sekolah aku adalah di Kuala Pilah
bandar yang terdekat adalah di Tampin
jika di bandar Kuala Pilah serupa pekan mati bagi aku..😌(maaf sila jangan kecam)
ok berbalik kepada setting booth

gambar kereta posing di hadapan pejabat CREaTE

pameran ini kami menumpang dengan booth inovasi JKR
gambar penyediaan booth tampal menampal... 
terima kasih
kepada pembantuku cik Linda dan sudara Shamsul
dan en. Mat dan en. Talmizi yang turut membantuku

akhirnya booth ini siap di setting dengan jayanya
bunting telah disiapkan di tapak dan telah diprint di Gua Musang

manakala keychin dan pen telah ditempah di AKS Sport Bangi
dan dapat disiapkan dalam 3 hari sahaja
nak urgent memerlukann kos tambahan sedikit ye

contoh flyers semasa pameran tersebut

dan pada hari pertama pada 1hb. booth kami telah disinggah oleh bos-bos 
Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz, Dato' Ir. Che Noor Azeman bin Yusoff (x-bosku), 
Ir. Hj. Zulakmal nin Hj. Sufan dan Ir. Abdul Mutalif Adbul Hamed
gambar seperti di bawah:



gambar kami2 di booth utk hari pertama 
bersama wakil HOPT dan S.O projek bersama WPP
namun pic golap la pulak 😣

pada hari pertama juga ada presenter paper bertajuk 
Experiences of Construction of Concrete Pavement
daripada salah satu sahabat ku iaitu saudara Raduan mewakili bagi x-bosku
walaupon aku agak kebosanan namun not bad la 😈

dan berakhirnya pameran pada hari pertama dengan jayanya.

Pada hari kedua bermula pada jam 9.30am dan untuk hari kedua ini operasi merayap di booth2 pameran untuk mengutip2 goodies bag daripada booth2 pameran.

gambar diambil pada hari ke-2 
aku nampak seperti gomok dan pendek disitu 😝

terdapat juga sample bahan pameran dari booth C&CA

Antara2 gambar2 yang menarik sepajang bengkel tersebut:

contoh design bunting

antara slide2 yang dibentang 
cost comperasion bagi pembinaan CRCP dan pavement biasa
 


 turut diperkenalkan penggunaan teknik JRCP semasa bengkel tersebut
panggunaan teknik pemasangan dowel bar bagi mengurangakan 
megunapakai  reinforcement yang terlalu banyak (kerana dikuatiri harga besi yang semakin mahal)

pada last day turut diadakan 
panel perbincanggan bagi 
penggunaan teknik concrete pavement ini

Antara kelebihan penggunaan concrete pavement adalah:
- bagi di peringkat pembinaan memang mengambil kos yang agak mahal namun mempunyai ketahanlasakan yang agak lama setakat ini masih didalam study case melebihi 30 tahun
- dan x memerlukan penyelenggaraan yang banyak berdanding flexible pavement biasa yang kebiasaan akan berlubang, crack, dan lain-lain


jika anda mempunyai komen sila 👇 tulis di ruangan di bawah ini.
Ok, sekian terima kasih.


iklan raya tahun 2018

As-Salam,

jika ikalan daripada TNB tapau thun lepas dengan dugaan raya Aida untuk tahun ini iklan TNB tidak kurang hebatnya #RayaEpikFantastik yang menunjukakan meriahnya suasana  hari raya apabila kesemua keluarga pulang beraya di kampung halaman.a.k.a #semingguxdeprivacy #hanyaorangkampungsahajayangpahamperasaaanitu


dan ini pula iklan raya Petronas tema Misi Riuh Raya

kiranya adik beradik ini mempunyai misi untuk surprisekan ibu dan ayah mereka apabila last2 minit pulang beraya
kalau anda perasan iklan ini agak2 sama macam ikalan TNB untuk mengajak kita pulang bersama family yang tercinta 
persamaan iklan ini iaitu watak ibu yang sama tetapi jika perasan macam berdialek n9 aje

tahun ini pon ade juga iklan yang ala sweet2 

iklan dari Lazada

iklan melibatkan ikatan adik-beradik juga x kurang hebatnya antara 
along dan angah

iklan mengupakai dialek 100% n9
cerita ceria daripada nabil ahmad





iklan berkenaan ikatan persahabatan yang menjadi tema juga bagi iklaan raya tahun ni


iklan dari Gsmuda


iklan dari Air Anugerah

mengankat tema nakal semasa bulan Ramadhan  

ikan Watsons pon x kurang hebatnya
Munira telah terima cermin mata ajaib 

#team makcik membawang



KEDAI ECO RM2.xx

as-Salam,
pada awal tahun lepas aku ada berjanji nak menulis article kedai ECO RM2.xx
maaf kerana baru sekang aku menulisnya.. kerana hari ini terasa kebosanan yang teramat..huhu




rupa kedai ECO rm2.xx terdapat bewarna merah atau kuning

untuk maklumat pembaca blog aku, aku memang suka bershopping di kedai ini kerana harga bermula rm2.00 sehingga rm4.00 lebih murah daripada D.I.Y dan Daiso kerana terdapat pelbagai pilihan peralatan rumah sehingga kepada kudap2/ makanan ringan😀😀
untuk mengetahui maklumat terlebih lanjut cawangan dan barangan yang dijual boleh tekan link di bawah:

nota kaki:
aku 1st time kelal kedai ECO ni pon tiba2 tergerak hati untuk singgah di cawangan Kajang kerana apabila aku melalui lebuhraya LEKAS selalu sahaja aku melihat meriah sungguh kedai ini di jalan Taman TTDI so aku nak menyibuk la sekali singgah..
tiba2 rasa macam ketingalan zaman aje sebab aku x tahu wujudnya kedai yang murah macam ini. 
Tips:
jika pergi kedai ini kene set target barangan yang mahu dibeli..
Murah2 pon jangan tamak haloba pulak..
takot rambang  mata...
kalau gitu RM50 dibawa pon x cukup

"kenapa perlu berbelanja lebih untuk barangan yang sama"

Salam Ramadan

As-Salam,
Selamat menyambut Ramadan..
alhamdulillah ini sudah masuk tahun ke-2 aku berpuasa di GM ini
untuk tahun ke-2 mungkin terdapat macam ragam berpuasa dengan new housemate,
dengan dugaan berpuasa kebiasaan nya akan less productive dll la

disini aku ingin memohon munyusun sepuluh hari memohon kemaafaan sempena menyambut ramadan ini...✌

anda pula solat tarawih di mana?_boleh tingalkan jawapan di runagan komen😶


Sehari di Cameron Highland

As-Salam,
Untuk entri kali ini aku update berkenaan percutian singkat aku selama 5 jam di Cameron Highland (CH) 
iaitu 3 jam jalan-jalan manakala selama 1 jam pula meredah jem -_-'
percutian aku ke Cameron Highland ini bukanlah dirancang 
sebaliknya tiba-tiba sahaja terasa nak pi so aku on kereta drive la ke CH
lagipun masa perjalan dari Gua Musang ke Brinchang, CH hanya mengambil masa selama 2 jam 


Pemandangan yang menaik di Ladang Tea BOH Sungai Palas


 Subhanallah bukit bukau dipenuhi oleh tanaman pokok tea sahaja






Antara track yang perlu dilalui untuk mendaki ke ladang tea ini
sumber daripada blog orang kata 200m panjang track ini
namun semput juga aku mendaki.. dengan suasana sejuk tu..haha



Untuk ke ladang tea ini ternyata bukan mudah kerana laluan kenderaan di kaki gunung..
Di samping itu juga terdapat laluan yang sempit dan hanya muat laluan kenderaan sehala sahaja
kena pro untuk kawal perasaan gayat oo...
namun berbaloi untuk melihat pandangan yang menenangkan..

Di ladang tea ini aku x sempat untuk makan dan minum air tea kerana terlalu ramai orang
dikala aku sampai pon sudah 11.15 pagi... iaitu waktu puncak orang jalan-jalan

huum.. aku jalan-jalan ini hanya Mr.Cool sahaja penemanku

Selepas itu aku pergi ke Healthy Strawberry Farm
ternyata berbaloi juga, kerana masuk adalah percuma..
kebanyakan ladang perlu berbayar untuk memasukinya..
ladang ini lebih kecil berbanding dengan ladang-ladang yang berbayar..
namun terdapat jua tanaman-tanaman yang menarik seperti kaktus, bunga, bunga lagi dan pokok..haha

kaktus

bunga

kaktus dan bunga

dan bunga lagi -_-"..hahaha


huum.. aku nak try suka la bunga 3 bulan (nama saintifik hyrangea) ini.. 
sebab bunga die tahan 3 bulan.. x la cepat layu...hahaha

Diingatkan jika anda singgah di sini x salah untuk makan strawberry..
dan jika ada duit lebih nak petik strawberry..
namun aku nak bagi tips.. harga strawberry di mana2 kebun lebih mahal daripada harga 
di pasar pagi Brinchang...jika ingin jimat duit..
sila beli di pasar pagi Brinchang..lokasi di tepi balai polis.. b4 masuk ke bandar Brinchang..
dan jika nak tahu lokasi.. bila nak masuk bandar/ dan bukan kedai-kedai di kaki gunung tu..
tengok banyak2 khemah buka di tepi jalan dan banyak kereta itu lah die..haha 
makluman jua pasar ini dibuka dari pagi sehingga tengah hari.. 
aku pergi dikala tengah hari ahad ..dan kebanyakan harga strawberry adalah lelongan untuk tutup kedai..
kenapa aku soh berjimat kerena kebanyakkan strawberry akan menjadi masam jua jika anda bawa pulang..
untuk makluman juga..
harga strawberry di pasar malam pon boleh tahan mahal... 
jika hendak anda hendak pergi ke pasar malam sesuai untuk membeli sayur-sayuran, jagung dan ubi keledek...huum keychain pon murah juga

setelah penat berjalan di 2 ladang aku pon cas beteri di Masjid Brinchang
huum air memang sejuk.. x kira musim panas ke musim hujan..
sape kate CH panas..hahaha

dan setelah penat berjalan aku pon mengambil keputusan untuk pulang ke GM
dan biasalah jika nak ke Simpang Pulai dari Brinchang terutama hari minggu
masalah utama adalah jem macam KL..hahaha
berhuhu jua aku selama hampir sejam..

tetapi jem ini akan reda sebelum ladang tea boh 

Nota kaki:
Percutian ini adalah percutian berani aku secara bersendirian ke CH..sebelum ini ditemankan oleh kawan/ adik / family la..
disebabkan itu setiap tempat aku x singgah agak lama bagi mengelakkan daripada disyaki berjalan secara sendirian..hahaha
kenapa aku bercuti.. sebab mudah sahaja..
tension kerja pi CH...hahaha
dengan duit cukup2 makan.. hehe..jangan risau aku memang kedekut sekarang..haha

Aktiviti larian for Malaysia runners

As-Salam,

kebanyakan sebarang aktiviti larian kini mulai mendapat sambutan oleh rakyat negara ini
buktinya Standard Chartered Run 2018 sold out beberapa jam sahaja..
aku antara orang yang frustrated x dapat join pada tahun ini..waa
kenapa event ini laku keras kerana antara even larian yang amat berbaloi jika dapat menyertainya..
kenapa berbaloi..sebarang aktiviti yang melibatkan larian yang dikendalikan oleh agensi kebanyakkannya perlulah dibayar..no money no marathon..haha


marathon/ larian adalah salah satu aktiviti sihat yang memerlukan perlaburan wang..
bagi aku perlaburan ini berbaloi kerana jika mahu lari sepanjang 5km/10km secara bersendirian/bekeluarga di taman/ tasik/ town adalah agak mustahil..
kerana berkemungkinan rasa malas lebih menguasai..
jika ada pon kebanyakannya atlet olahraga, golongan muda mudi, Chinese, golongan nak cuci mata dan lain-lain...haha ikot senarai seperti banyak pula..
aku ini antara golongan obes di Malaysia.. event larian ini lah yang menjadi pemangkin diriku ini untuk berjalan jauh sikit daripada biasa..haha

jika berminat untuk menyertai sebarang aktiviti larian perlulah mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental.. seperti aku ini jika berjalan jauh mulai berasa semput pada permulaan sahaja..
namun boleh on track apabila sudah warm up..
jika x biasa jangan paksa diri kerana berkemungkinan akan berasa sakit-sakit badan selepas rest...
oleh itu berikut merupakan bucket list untuk pemilihan sebarang aktiviti larian:

i. Kenal pasti aktiviti larian yang ingin dimasuki.
   Aktiviti larian ini kebanyakan terbahagi kepada :
   - Marathon : Kebanyakan melebihi 30km
   - Run/ Fun Run : Kebanyakan 1 sehingga 15km sahaja
   - Ultra trail run/ powerman/ worrior challange dll : Kebanyakan sehingga 100km melibatkan larian/
     mendaki gunung/ berbasikal/ berenang (banyak aktiviti selain daripada larian dan kebanyakan berkumpulan)
   - Colour run : Tedapat acara membaling pewarna apabila mulai start larian
   - dll
contoh track larian 

ii. Memastikan lokasi larian tersebut
    Kebanyakan lokasi larian adalah di taman rekreasi, pusat bandar, universiti, hutan simpan, kawasan
    perkampungan, tepi pantai, jambatan Pulau Pinang dll. Oleh itu pemilihan lokasi larian ini penting apabila anda nak
    mengambil bit larian tersebut dan menyertai larian tersebut.

contoh event lairna yang diadakan di town KL 


iii. Harga
     Ok ini adalah penting kerana seperti pesanan saya tadi larian adalah melibatkan pelaburan.     
     Pelaburan adalah dari segi :
     - Baju larian : Perlu mamastikan kualiti T-shirt dan design yang berpatutan dengan harga
     - Medal/ sijil : ok ini anda perlu membaca dengan teliti apabila menjadi finisher anda mendapat
        medal & sijil penyertaan atau mendapat medal sahaja atau mendapat sijil sahaja. Kerana kadang-kadang
       5km laraian mendapat sijil sahaja.
       Perlu juga memastikan medal tersebut berbaloi dengan harga kerana jika anda penat berlari, namun mendapat medal
      yang tidak cantik berkemungkinan anda akan menyesal menyertainya..hahaha
     - Free gift : ini aku paling suka jika lebih banyak free gift kerana terasa berbaloi join event tersebut.

contoh event larian yang dapat sijil dan medel dan free gift roti dan air..
sorry air dah di telan..haha
iv. Penaja event larian tersebut
     ok kenapa aku highlight penaja karana kebanyakan event larian yang melibatkan syarikat-syarikat besar seperti Standard
     Chartered, Milo, dll, Toto (upps)ha itulah aku kata kena tengok penaja. kerana biasanya logo penaja turut terukir di
     medal..hahaha
     Jika larian melibatkan agensi kerajaan, ia akan menjadi lebih berbaloi kerana terdapat banyak penaja sampingan.

contoh medal yang aku x kenan.. sorry 


v. Last of not list
    Sebarang larian yang ingin dimasuki perlulah mengikut kemampuan diri. Jangan cuba memaksa diri jika tidak mampu untuk menghabiskan larian tersebut. Kerana akan menyebabkan effect kepada kesihatan diri sendiri. Sayangilah diri sendiri..



dan lain-lain

Jika berminat untuk sertai sebarang aktiviti larian boleh lah menjenguk link di bawah :
>>http://www.racexasia.com
>>https://www.justrunlah.com
>>http://myrunners.org/events

dan lain-lain link yang berkaitan.


nota kaki:
Pelaburan yang dimaksudkan di atas adalah pelaburan untuk menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti mengeluarkan peluh....

Aku update berkenaan larian ini kerana ada mood gembira setelah berjaya mencapai salah satu bucket list azam tahun 2018 setelah hampir setahun setengah berehat...😀😀😀
bulan hadapan mungkin aku akan berehat kembali untuk aktiviti larian ini kerana kelender Mac ini padat dengan lawatan m, aktiviti audit s, dan weeding officemate lagi..haha buzy sungguh den ini..hanya free next week sahaja.. lepas tu tekan gear 4 terus..haha

bukan salah kamu untuk segalanya...
sesungguhnya aku memang ingin nampak kuat di matamu itu..
kerana aku pon turut merasa sedih jika melihat pandangan redup dan sedihmu itu..
maaf kan aku...

end..
terima kasih kerana membaca.

Catatan cuti chinese new year (CNY)

As-Salam,

Semperna  CNY tahun ini aku x upadate berkenaan iklan yang menarik
namun aku update tentang sale2 yang menarik semperna CNY ini
untuk hari ini masih tedapat Weekend watsons sale bagi barangan makeup dan ubat-ubatan..
dan pada minggu lalu guardian telah mengakhiri sale gilos2..
namun still berlansung 20-30% sale bagi barangan yang terpilih..

untuk pengemar online shooping..
masih terdapat CNY sale bagi shopee11streetlazadahermo dan lain-lain..

tujuan aku menulis entri kali ini untuk memaklumkan bahawa
jika berminat untuk mendapatkan potongan harga bagai percutian ke themepark
anda boleh ke laman sesawang ini:


terdapat pakej-pakej yang menarik untuk percutian bersama family
ok good luck kepada pemburu ticket murah..
sumber page di atas adalah daripada fb. pemburu tiket murah


terima kasih kerana membaca..


5 day 4 night di Kota Bharu, Kelantan

As-Salam,

Entry ini adalah berkenaan pemilihan budget hotel, lokasi makanan sedap dan lain-lain
mengikut pengalaman aku semasa di Kota Bharu(KB).

Ok, pada tahun lalu (2017) aku telah mengikuti khusus AutoCad level 1 anjuran CIDB yang bertempat di Peringat, KB dan tempat penginapan adalah tidak disediakan,
Oleh itu aku telah menyewa hotel-hotel budget di bandar KB di sepanjang tempoh khusus tersebut..
kerana aku x mampu untuk menyewa hotel yang mahal...
namun aku berpuas hati dengan hotel2 budget di KB harga 5 malam hampir bersamaan harga semalaman bermalam di Hotel Perdana.. ya memang tidak adil diperbandingkan dengan hotel gah ini..but jika anda mampu hotel Perdana adalah lokasi terbaik untuk bermalam di KB kerana bilik yang gah dan selesa, sarapan yang memuaskan hati, kemudahan yang tip top dan lokasi yang strategik...

Ruang lobi Hotel Perdana. 
Tumpang melepak tunggu orang sahaja... hahaha


Berbalik semula senarai budget hotel yang aku bermalam adalah seperti yang berikut:

1. Sky Garden Inn

Maaf gambar diambil dikala subuh...haha

Harga semalaman untuk bilik twin room = RM38nett/night
No. tel. : 09-741 2958/ 2950/ 5312
Antara kemudahan yang disedikan : Bilik yang beraircond, toiletries, towels, free wifi, penapis air jenama Coway, tv petak (siaran tv adalah ok), terdapat parking di luar hotel dan lain-lain.


                                     
ok aku menyewa bilik twin room sebab bilik standard sudah habis.. 
dan bilik ini bertingkap.. 

Aku beri 4/5 bintang untuk hotel ini kerana bersih dan layanan customer service yang baik.. 
aku salute hotel ini walaupon nampak seperti agak usang dangan tiles ala2 lame gitu but bersih walaupon owner hotel kepunyaan Cina dan aku x nampak pon anjing sepanjang 2 malam bermalam di sini.. haha, pada mulanya aku ingat nak bermalam semalaman aje namun disebabkan aku berpuas hati aku repeat semalan lagi.

Lokasi : adalah di belakang Kopitiam Kita. So jika nak sarapan pagi anda x perlu risau pasal parking just jalan kaki je ke Kopitiam Kita tu.. sebab bangunan depan aje. Aku jumpa hotel ini pon apabila pertama kali pi breakfast di Kopitian Kita. haha

                                                   

Harga semalaman untuk bilik Double katil Queen = RM46nett/night (ok aku dapat harga ini tapi kalau harga weekend adalah berbeza) 
No. tel. : 09-746 2504
Antara kemudahan yang disedikan : Bilik yang beraircond, toiletries, towels, free wifi, penapis air, tv petak (siaran tv adalah ok), terdapat parking di luar hotel dan lain-lain.

              
      Hotel ini banyak menyediakan kerusi untuk melepak di luar bilik. 

Aku beri 4/5 bintang untuk hotel ini/ namun aku hampir memberi 3.5. Aku amat berpuas hati dengan kebersihan dan keselesaan hotel ini, kerana katil yang empuk. Disebabkan oleh itu pada malam pertama aku landing je atas katil, terus x sedarkan diri..haha😰..toilet shower ala2 hotel yang mahal gitu...Namun, pada malam ke-2 aku sesak nafas sedikit kerana bau rokok yang teramatlah kuat kerana customer meghisap rokok di ruangan legar/ rehat hotel.. mugkin aku tidak biasa bau tersebut...haha. Untuk cek out pada awal pagi anda perlu tinggalkan sahaja kunci di customer service kerana tiada pekerja pada awal pagi.

Lokasi : Jalan Kebun Sultan. Lokasi hotel ini agak tersorok sedikit daripada jalan utama ke Dataran Cheng Ho. Terdapat kedai mee celup di hadapan hotel yang dibuka pada pukul 2 sehingga 10 malam, yang bestnya anda boleh mendapatkan tea beng(tea ais) yang sedap berhaga RM1.50 je......

3. Dani Hotel

                                    

Harga semalaman untuk bilik Double katil Queen = RM37nett/night (ok aku dapat harga ini daripada  Booking.com tapi kalau harga walk in dan weekend adalah berbeza)
No. tel. : 09-748 6790
Antara kemudahan yang disedikan : Bilik yang beraircond, toiletries, towels, air minuman, tv petak (siaran tv adalah tidak ok), publict parking MPKB di luar hotel (ruang parking adalah terhad) dan lain-lain.
         

Maaf aku beri 3/5 bintang untuk hotel ini kerana agak kurang bersih. Aku berasa kurang selesa tinggal di hotel ini kerana housekeping yang kurang memuaskan. Dikala aku cek in masuk bilik terdapat rambut di lantai dan di atas katil, disamping itu juga bilik agak berbau kerana ketiadaan tingkap, selain itu pintu bilik yang tidak boleh dikunci daripada dalam. haha..
banyak pula komen daripada aku..

Lokasi : Jalan utama ke Dataran Cheng Ho. Lokasi hotel amat strategik kerana sebaris dengan Maybank dan di hadapan pustaka dan terdapat pelbagai kedai makan disekelilingnya.

Ok, end pasal review budget hotel...
Nak masuk topic makanan yang best aku melantak semasa di KB...
Antara kedai makanan yang menarik di Kota Bharu adalah :

1. Kopitiam Kita

Ok tempat ini adalah antara bucket list kalau pi KB ini...
Opening hours : 6.00 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Disarankan pergi pada waktu selepas subuh coz memang ramai orang.
Lokasi : Waze sahaja Kopitiam Kita Kota Bharu.
              Maaf lokasi kedai ini agak tersorok daripada jalan utama menghala ke Pengkalan Chepa. Bersebelahan dengan Pusat Temuduga SPA, KB. Jika anda mengunapakai app. waze, lokasi Kopitiam Kita ini adalah di selekoh sebelah kiri bangunan kedai 2 tingkat, masuk ke selekoh tersebut dan lokasi kedai di sebelah kanan.


Menu utama tarikan di kedai ini adalah Roti Titap..

                                                            
Roti telur dengan telor cotek (sepauh masak) bersama kaya di setiap bucu..😋
pekena dengan tea tarik / kopi pekat pagi2 memang mengancam...hahaha

Harga Roti Titap ini boleh tahan juga RM5.00. Mungkin kalau sekali sekala ingin merasa boleh la. Kalau pergi selalu boleh kopak poket jua sebab sarapan pagi sahaja hampir 10 hinggit...
Maaf la kalau aku emo sedikit. Kerana di KB ini RM10 ringgit kemungkinan anda boleh makan nasik berlauk ayam/ itik/ daging bakar sebanyak 2/3 bungkus..haha
Di Kopitiam Kita jua terdapat jualan kueh dan nasi berlauk.. maaf sekali lagi boleh dikatakan agak mahal harganya dan rasanya kurang sedap..maaf ini daripada pandangan ikhlas aku... mesti ramai yang kecam sat lagi ini...
Pendapat aku ini adalah kerana apabila aku tinggal di Kelantan ini aku dapat membezakan rasa kueh/ nasi berlauk tersebut sodap atau tidak....
dan kalau ditanya rakyat tempatan kedai makan ini adalah untuk golongan yang berkemampuan sahaja..haha
maaf Kopitam Kita..

Namun, 
Aku tetap puji Kopitiam Kita ini kerana 
Rasa roti sedap dan service tip top walaupon ramai orang sepanjang masa...
yang menjadi keunikan di Kopitiam Kita ini adalah anda akan jumpa perbagai jenis bangsa yang bersarapan di sini...
disebabkan itu aku ulang 2 kali sarapan di sini...haha


Apabila datang ke KB ini lebih baik aku rasa sendiri nasi Kak Wok ini di daedah dan negeri asal nya..hahaha
Kerana nasi Kak Wok ini telah popular malahan terdapat perbagai lokasi cawangan di sekitar KL dan Selangor.

maaf gambar daripada copy right mr. Google je..
disebabkan telampau lapar selfie dengan nasi pon x sempat...hahaha

Harga : Maaf kerana makan secara berjemaah dengan rakan2 (sekelas khusus) so harga x ingat kerana dibayar secara lump sum..hahaha. Kalau aku survay mr. Google dalam RM4 - RM5.50

Rasa nasi Kak Wok ini bagi pandangan aku sedap kerana rasa kuah rempah yang kaw dan ayam gorang yang garing apabila dipotong kecil-kecil.

Waktu operasi : Makan tengah hari

Lokasi : Boleh cari di Waze kerana terdapat beberapa lokasi di KB



Lokasi kedai makan ini aku perolehi selepas mencari-cari lokasi yang menarik untuk sarapan pagi, 
so dengan tekad aku pergi dengan mengunapakai app Waze dan ternyata berbaloi walaupon harga boleh tahan.

oleh kerana orang baru nak buka kedai, aku pula dah terpacak 
memang macam tiada pengunjung lagi la..haha

Waktu operasi : 7.30 pagi - 4.30 petang. Ditutup pada hari Selasa
Lokasi : di jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan. Di Medan Ikan Bakar Kedai Buluh, Jalan Kuala Besar. Ok kedai ini bukanlah binaan bermotifkan kayu buluh ke kerana itu just nama sahaja, malahan bentuk atap kedai ini ala2 khemah kanopi. Jika mengunakan Waze lokasi kedai adalah disebelah kiri jalan. Aku hampir keliru semasa pertama kali sampai di kedai ini kerana lokasi kedai adalah bersebelahan Sg. Kelantan.

Menu utama di sini adalah : 

ok ini adalah menu rare di kedai ini.. 
iaitu tea beng madu kelulut/ tea beng madu/ tea beng madu float
rase tea beng ini adalah sodap yang amatlah...
kerana rasa manis2 lomak madu.. bukan rasa manis gula..
walaupon harganya boleh tahan tetapi teramat berbaloi..
harga di dalam RM4-10 bergatung kepada jenis tea beng yang diminta...

sup ikan adalah menu yang menjadi pilihan utama jika datang di sini
aku oder badan je sebab kepala ikan harga die boleh tahan mahal iaitu mencecah RM80
namun ia amat berbaloi kerana besar dan paling penting sodap...
jika anda berlebihan budjet semasa travel, boleh la anda singgah di sini..


Ok kali ini aku review gerai di tepi jalan utama Dataran Cheng Ho, KB
Semasa aku bermalam di Hotel Dani aku kebetulan aku berjalan2 sebentar dan terjumpa gerai ini..
oleh kerana ramai orang yang berbaris panjang so aku pon join the club makan-makan...haha

       
Menu utama di sini nasi kukus dengan pelbagai lauk.. nyam

sumber gambar dari FB 

Lokasi gerai betol2 di belakang gerbang ini..sebelah kiri jalan 

Waktu operasi : 6 petang - 9.30 malam
Harga : Bergantung kepada lauk pauk yang dipilih.

End berkenaan review makanan yang sodap pada selere den semasa di KB dahulu.

Sepanjang aku di KB aku berkesempatan pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) kerana 20 min aje masa perjalanan dari bandar/ hotel penginapan.

antara gambar yang sempat diambil..haha

Sunrise😏

lokasi yang sesuai untuk melihat keindahan ciptaan nya
disamping boleh mendapat ketenangan..


Nota kaki:

  1. Review bilangan bintang yang diberikan untuk budget hotel adalah berdasarkan pendapat saya. Setiap orang mempunyai pandapat yang berlainan. Review saya juga berdasarkan suasana, kebersihan hotel dan siaran TV pula memadai channel 1,2,3 dll. Jika hendak membuat perbandingan dengan kemudahan yang disediakan oleh hotel yang mahal adalah tidak adil.
  2. Terdapat pelbagai hotel budget di KB namun yang menjadi pilihan saya adalah harga below RM50. Antara ketiga-tiga hotel saya lebih menyukai Rose Garden Inn kerana bilik yang selesa dan berhampiran dengan gerai makan. Saya pernah jua bermalam di hotel budget di Wakaf Che Yeh namun jika dibuat perbandingan harga dengan hotel-hotel di KB, pada pendapat saya harga hotel budget di Wakaf Che Yeh lebih mahal sedikit.
  3. Review kedai makan pula adalah berdasarkan pandangan saya di tempat2 di kunjungi. Pelbagai juga lokasi yang saya kunjungi bagi kedai/ atau gerai makan. Namun yang top 4 adalah seperti di atas. Saya tidak try makanan seafood celop2 pada waktu malam kerana kekurangan budget...hahaha
  4. Sepanjang 5 hari di KB saya berasa seronok kerana suasana yang santai dan sejuk mata memadang disebabkan mempunyai sawah padi, disamping berhampiran tepi pantai dan mempunyai tempat makanan yang best-best. Patutlah orang Kelate mau balik kg. kalau den di tempat mereka pon samela kot. haha

Sekian, terima kasih...

Powered by Blogger.

Followers