Campak balik pic aku berjalan di kampung eden

As-Salam,

minggu lepas aku balik kampung sebab dah jadi penganggur bertauliah dan berijazah..
so apabila berjalan di kampung aku ambik pic yang dirasakan yang menarik
untuk dikongsi




rumah ini santik but pic golap la pulak.. nak ambik pic pokok kelapa


gambar x sek rendah aku dulu... ade pahit dan manis..


pic kerbau


pic lembu

pic jalan b4 kubur...kampung aku ini banyak kubur..

pic rumah ini santik sebab tiang die macam rumah kg aku...

kerbau ini rilek jer lepak tengah jalan... hiis2

aku puji lagi rumah ini sebab view dia bukit.. 
tapi x nampak la sebab aku x pandai ambik gambar

aku rase pic ini tomel sbb ak dok tgh2 jln..


sepanjang aku lepak kat kg mendung dan berangin sebelah pagi panas lit2 pada waktu petang
hari ini macam2 berita menyebabkan aku takut nak kuar rumah... terasa mneyesal pulak balik kl awal tidak sangka konflik politik pulak... semoga dipermudahkan aku membawa bapa ku di shah alam esok.. aamiin


Taman Tasik Titiwangsa

As-Salam,

Hari ini aku nak menulis tentang keindahan Taman Tasik Titiwangsa 
yang sudah 5 kali aku mengunjungnya 1 kali semasa sebelum dibuka..
bila dibuka ternyata cantik wei...
dan ramai orang la.. aku jika datang selepas solat subuh dah terpacak di sana..
jika lambat penuh parking kereta woi.. melainkan anda menaiki motosikal.. nak buat macam mana aku naik kereta.. jika menaiki kereta perlu ada hack jugak nak parking... 
jika parking di laluan biasa balik pon jem..

ini map panduan bagi taman tasik titiwangsa

jika aku datang pagi2 aku akan jogging dan jalan sebab sejuk..
dan jika aku datang pada petang aku akan berbasikal di sekeliling taman tasik best wei bila naik basikal macam fell naik moto bebas gitu... panas2 best naik basikal la...
hack petang2 jika datang adalah selepas solat zohor dan sebelum waktu asar di dalam pukul 3 keatas.. jika pukul 4 keatas memang paking penuh..
sewa untuk basikal RM10 untuk single basikal jika 2 gandar RM20 (kadar bayaran dikenakan selama sejam) aku ronda2 berbaloi kot harga die tu..



jika pagi sabtu aku akan join senamrobik selepas jogging dan jalan 
die start di dalam pukul 8 pagi... dan open tu public senamrobik itu..
antara yang menarik di taman tasik titiwangsa..
adalah "Canopy walk" banjaran titiwangsa


 
jambatan ade semburan air rase macam best2 gitu.


banyak lagi tarikan terdapat di taman tasik titiwangsa..
antara pic2 yang menarik yang aku ambik..

pancutan air latar belakang menara KLCC dan menara KL



ok la 
jika nak maklumat lanjut berkenaan taman tasik titiwangsa ini...
dan orang kata kotor memang pon tapi aku hanya jumpa pampes di dalam surau itu aje.. 
kalau busuk dan sampah bersepah biasalah rakyat malaysia ini mentelati kelas ke 3 termasuklah aku..





nota kaki :
kemudahan surau di taman tasik ini pon best jugak.. free jer masuk
banyaran untuk masuk tandas biasalah RM0.20 jer..mana2 pusat rekreasi di kl kadar bayaran yang sama..
aku x tahu kenapa aku rasa lebih best taman tasik titiwangsa..
aku dahulu peminat taman tasik perdana... mungkin sebab taman tersebut tiada sewaan basikal kot..
dan hutan aje.. sama fell kat kg aku jer.. sebab taman tasik perdana ini dah biasan jika hujung minggu ada aktiviti larian.. kadang2 x boleh masuk..
dan mungkin dah lama kot.. dan sunyi... aku suka dtg petang2 jer kat taman tasik perdana...
bulan ini aku dah x pi gym.. nak simpan duit for survive...










Powered by Blogger.

Followers