Sehari di Cameron Highland

As-Salam,
Untuk entri kali ini aku update berkenaan percutian singkat aku selama 5 jam di Cameron Highland (CH) 
iaitu 3 jam jalan-jalan manakala selama 1 jam pula meredah jem -_-'
percutian aku ke Cameron Highland ini bukanlah dirancang 
sebaliknya tiba-tiba sahaja terasa nak pi so aku on kereta drive la ke CH
lagipun masa perjalan dari Gua Musang ke Brinchang, CH hanya mengambil masa selama 2 jam 


Pemandangan yang menaik di Ladang Tea BOH Sungai Palas


 Subhanallah bukit bukau dipenuhi oleh tanaman pokok tea sahaja






Antara track yang perlu dilalui untuk mendaki ke ladang tea ini
sumber daripada blog orang kata 200m panjang track ini
namun semput juga aku mendaki.. dengan suasana sejuk tu..haha



Untuk ke ladang tea ini ternyata bukan mudah kerana laluan kenderaan di kaki gunung..
Di samping itu juga terdapat laluan yang sempit dan hanya muat laluan kenderaan sehala sahaja
kena pro untuk kawal perasaan gayat oo...
namun berbaloi untuk melihat pandangan yang menenangkan..

Di ladang tea ini aku x sempat untuk makan dan minum air tea kerana terlalu ramai orang
dikala aku sampai pon sudah 11.15 pagi... iaitu waktu puncak orang jalan-jalan

huum.. aku jalan-jalan ini hanya Mr.Cool sahaja penemanku

Selepas itu aku pergi ke Healthy Strawberry Farm
ternyata berbaloi juga, kerana masuk adalah percuma..
kebanyakan ladang perlu berbayar untuk memasukinya..
ladang ini lebih kecil berbanding dengan ladang-ladang yang berbayar..
namun terdapat jua tanaman-tanaman yang menarik seperti kaktus, bunga, bunga lagi dan pokok..haha

kaktus

bunga

kaktus dan bunga

dan bunga lagi -_-"..hahaha


huum.. aku nak try suka la bunga 3 bulan (nama saintifik hyrangea) ini.. 
sebab bunga die tahan 3 bulan.. x la cepat layu...hahaha

Diingatkan jika anda singgah di sini x salah untuk makan strawberry..
dan jika ada duit lebih nak petik strawberry..
namun aku nak bagi tips.. harga strawberry di mana2 kebun lebih mahal daripada harga 
di pasar pagi Brinchang...jika ingin jimat duit..
sila beli di pasar pagi Brinchang..lokasi di tepi balai polis.. b4 masuk ke bandar Brinchang..
dan jika nak tahu lokasi.. bila nak masuk bandar/ dan bukan kedai-kedai di kaki gunung tu..
tengok banyak2 khemah buka di tepi jalan dan banyak kereta itu lah die..haha 
makluman jua pasar ini dibuka dari pagi sehingga tengah hari.. 
aku pergi dikala tengah hari ahad ..dan kebanyakan harga strawberry adalah lelongan untuk tutup kedai..
kenapa aku soh berjimat kerena kebanyakkan strawberry akan menjadi masam jua jika anda bawa pulang..
untuk makluman juga..
harga strawberry di pasar malam pon boleh tahan mahal... 
jika hendak anda hendak pergi ke pasar malam sesuai untuk membeli sayur-sayuran, jagung dan ubi keledek...huum keychain pon murah juga

setelah penat berjalan di 2 ladang aku pon cas beteri di Masjid Brinchang
huum air memang sejuk.. x kira musim panas ke musim hujan..
sape kate CH panas..hahaha

dan setelah penat berjalan aku pon mengambil keputusan untuk pulang ke GM
dan biasalah jika nak ke Simpang Pulai dari Brinchang terutama hari minggu
masalah utama adalah jem macam KL..hahaha
berhuhu jua aku selama hampir sejam..

tetapi jem ini akan reda sebelum ladang tea boh 

Nota kaki:
Percutian ini adalah percutian berani aku secara bersendirian ke CH..sebelum ini ditemankan oleh kawan/ adik / family la..
disebabkan itu setiap tempat aku x singgah agak lama bagi mengelakkan daripada disyaki berjalan secara sendirian..hahaha
kenapa aku bercuti.. sebab mudah sahaja..
tension kerja pi CH...hahaha
dengan duit cukup2 makan.. hehe..jangan risau aku memang kedekut sekarang..haha

Powered by Blogger.

Followers