Koleksi gambar-gambar phone ku sepanjang perjalanan ku ke GM_vol.1

As-Salam,
Sudah lama aku memang ingin upload kan gambar-gambar yang menarik di sepanjang perjalanan diriku di Gua Musang ini...
alhamdulillah keindahan alam semulajadi ciptaan Allah menjadi terapi diriku hampir setiap hari...
ingin aku upload di ig but nanti jadi panjang pula post nya nanti..
oleh itu aku mengambil keputusan untuk menulis artikel ini..

1. Perjalanan KL ke GM (FT08)

Lokasi ini adalah di site projek CSR di Mentara Baru


Gambar diambil pada waktu magrib di Bentong


Lokasi di laluan CSR Sek. 3H - jalan CRCP
  

Lokasi yang sama seperti gambar di atas 
namun diambil pada waktu hampir hujan


Lokasi di laluan exit CSR menuju ke Merapoh


2.  Pemandangan gua batu kapur di Gua Musang

Lokasi si SMK Lepan Jaya


Lokasi di Taman Etnobotani, Kesedar


Gambar di lokasi yang sama


Lokasi di rumah member Taman Wira Perdana


Ok..hampir setiap hari pemandangan ini lah yang aku nampak 
setiap kali membuka pintu rumah sewa..
subhanallah
(lokasi rahsia..haha)


jika diberi pilihan antara 
pemandangan hijau bukit bukau atau 
lautan biru luas terbentang..
memang aku suka kedua-duanya
tetapi aku lebih menyukai pemandangan hijau kerana aku adalah orang kg.
yang sudah biasa melihat bukit bukau yang menghijau..
namun 
kenapalah dp whatsapp ku pamandangan biru laut.. haha

End...

Terima kasih 😉


Proof Rolling Test untuk Projek JKR

As-Salam,

Untuk makluman tujuan proof rolling test adalah untuk memastikan kekuatan mampatan permukaan subgrade memenuhi sepesifikasi semasa compaction dilakukan di tapak. Sepertimana yang terdapat di dalam sepesifikasi JKR yang menyatakan:

Objective: The purposed of this method is to perform the testing of the stability and uniformity of the subgrade compaction in compliance with the specification


Skop kerja bagi proof rolling ini adalah:

  • Perlu mengenal pasti lokasi CH sepertimana yang terdapat di dalam lukisan.
  • Ujian ini dijalankan di atas permukaan subgrade apabila compaction sudah mencapai 95% of the maximum dry density and trimming capping as per specification tolerance
  • Dijalankan di permukaan formation level (iaitu lapisan subgarde) sebelum kerja-kerja pavemant dilaksanakan

Peralatan:
  • Mesin proof rolling yang perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
    • Tandem axle, dual whell truck (bermaksud tandem yang mempunyai gandar di bahagian kiri dan kanan yang perlu ditarik tengan trak)..kalau kurang paham sila rujuk gambar di bawah (contoh bagi projek Seksyen 3E2)
    • Saiz tayar - 508mm (20 inci)
    • Tayar pressure - 1030 kPa (150psi)
    • Berat max. yang diperlukan adalah 50 000kg (50 tan) - Kebisaan mengunapakai kiub konkrit semasa load test/ atau perlu kiub konkrit yang bersesuaian.
  • Stright edges, measuring tape (Boleh mengunapakai semula peralatan untuk CBR test)
  • Tire pressure gauge 
**untuk penyediaan mesin ini mungkin mempunyai sedikit kesukaran kerana tandem axle ini sukar diperolehi disamping perlu menyediakan tayar yang besar untuk menampung berat kiub konkrit tersebut. Sehubungan dengan itu pemilihan tayar kadang-kadang amat sukar sehingga terpaksa mengunapakai tayar mati. Ini adalah kerana bagi mengelakkan daripada tayar meletop/ lori akan terbalik. Tetapi sebarang keputusan untuk merealisasikan peralatan tersebut adalah di atas persetujuan S.O.


Contoh proof rolling yang digunapakai di tapak projek



Prosudur/tatacara kerja di tapak:
  • Mengenalpasti lokasi kawasan 
  • Proof rolling test tidak boleh dijalankan jika lapisan subgrade terlalu kering atau terlalu basah dan jarak mestilah kurang daripada 4.6 daripada abutment / retaining wall (ini bermaksud gelekan permukaan tayar lori tersebut perlu dielakkan 4.6m  daripada bahu jalan jika di kawasan fill area)
  • Perlu mematuhi skop kerja dan peralatan seperti senarai di atas
  • Ujian dijalankan di bahagian lapisan subgrade iaitu 300m fill
  • Kelajuan mesin proof rolling adalah 4.0km/h sehingga 8.0km/h atau berjalan dengan kadar yang sesuai tanpa masalah. (kelajuan perlu disesuaikan untuk dengan mengambilkira settlement, cracking, elastic movement or plastic movement daripada lenyekan permukaan tayar dan bahagian subgrade.
  • Proof rolling test perlu dilakukan selari sepanjang jajaran jalan (longitudinal lanes)

Contoh bilangan proof rolling test yang perlu dijalankan 
jika mempunyai 2 tayar per gandar.


Selepas gelekan ke atas lapisan subgrade telah dilakukan, untuk mengetahui test ini lulus atau fail di ch. tersebut, nilai lekukan di bawah tayar proof rolling hendaklah ditentukan. Kaedah ini dipanggil sebagai 'Failure Deformation Limit (FDL)'

yang dimaksudkan FDL adalah 
bacaan yang diambil diantara gelekan tayar dan level asal permukaan lapisan subgrade
(level yang dimaksudkan adalah 150mm/ tinggi edge)


Contoh bacaan yang akan diambilkira selepas gelekan 


Nilai mendapan FDL permukaan lapisan subgrade akan diambilkira sepertimana contoh pengiraan R di gambar di bawah :

i.    Settlement or Deflection; < 25mm = Acceptable
ii.   Settlement or Deflection; > 25mm but < 50mm = Acceptable 
      (if there not substantial cracking  or lateral movement of the soil).
iii.  Settlement or Deflection; > 50mm but < 150mm = Fail
iv.  Settlement or Deflection; > 150mm = Fail
      (to use remedial works for soft subgrade clause)

untuk lebih memahami cara pengiraan nilai R adalah merujuk contoh ini


Maaf oleh kerana malas nak translate mengunapakai ayat buku sahaja.

Apa yang dimaksudkan ayat di atas adalah:
  • Jika mendapan tanah di antara 25mm sehingga tidak melebihi 50mm maka test tersebut dikira lulus. (namun perlu memastikan tanah tersebut tidak ada cracking dan enapan yang terlampau)
  • Namun, jika mendapan mendapan melebihi 50mm sehingga 150mm permukaan subgrade perlu wat kerja rework seperti scrapers kembali permukaan tersebut, compact kembali dan ambil bacaan FDT.
  • Dan jika mendapan melebihi 150mm pula, perlu membuat remedial work (ok ini susah sikit prosuder die)

Remedial work yang dimaksudkan adalah :

Kerja-kerja penambahbaikan bahagian subgred level. Apabila lapisan subgred didapati gagal (bacaan mendapan melebihi 150mm) maka pihak kontraktor perlu melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan terhadap kegagalan lapisan tersebut, iaitu perlu removed lapisan subgrade tersebut setinggi 300mm (di atas arahan/persetujuan daripada S.O) dan perlu digantikan dengan lapisan tanah yang sesuai sehingga formation level.

Maksud tanah yang sesuai yang perlu diganti perlulah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan (ini perlu merujuk dokumen kontrak) dan perlu di compact lapisan demi lapisan. 



Sumber artikel ini adalah daripada :
> JKR Standard Specification -  Section 17 - Proof Rolling Test (bagi projek CSR)
> Rujukan nota supervision team Projek CSR Sek. 3E1 dan 3E2



Nota kaki :

-  Terima kasih kerana telah up kan entry ini menjadi di antara carian utama di laman sesawang Google Malaysia.
-  Tulisan article saya ini adalah berdasarkan bacaan standard spesifikasi dan permerhatian/ tunjuk ajar oleh supervision team semasa taklimat dan pelaksanaan di tapak bina.
-  Sebarang komen/ pembetulan kesilapan bagi penambahbaikan ruangan article ini adalah amat digalakkan. Seperti typo kesilapan maklumat dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.




Engineer seperti aku_no. 1

As-Salam,

Sebagai junior engineer yang telah menceburi bidang pekerjaan hampir 4 tahun
entahlah aku rasa baru kini macam bersemangat kembali memilih bidang ini
kerana penuh dengan cabaran dan sentiasa mempelajari sesuatu yang baru..so x bosan la sanggat..

bila aku di tempatkan di tapak ini
pelbagai perkara yang baru aku pelajari..
dari permohonan dan kualiti kerja
dan terkini aku telah mengikuti fast track khusus di opis  berkenaan penyediaan cpm

ternyata lah bukan senang nak buat cpm ini.. berpadanan la dengan gaji mereka..
kerana untuk membuat cpm ini memerlukan pengalaman on site..
kerana base on the site experience akan menentukan type of activities, time, quality machinery & ext.
unless anda copy dan paste daripada previous project / cpm anda x sama sepertimana kerja2 on site..
kerana daripada cpm boleh memperolehi data seperti..
kemajuan kerja daripada segi fizikal dan kewangan..berserta dengan unjuran bulanan..
dan banyak lagi
nampak macam mudah..but jika x berjaya track project finish on time..sampai x tido malam kau....
aku ni pon terkial2 mempelajari cpm ini.. sebab baru nak belajar..
sebelum ini belajar but not apply... belajar pas itu bungkus..
insyallah kalau aku dah pro aku akan update berkenaan cpm di blog ini..
tapi entah bila lah..hahaha

kerana
kerja-kerja lain ku pon tidak terkejar..
jika dahulu aku konon2 mahu update kerja2 on site..
x update info pon..haha
bukan apa..kerana baru aku nak belajar item tersebut.. mesti ada aje masalah2 lain dok kejar..
kerana itulah aku x update2 lagi...

dan kerana itu lah job requirement for engineer...
secara pro ratanya memerlukan pengalaman on site supervision at least 3 years..
req. ini memang kejam untuk freshie graduate..
but jika x berpengalaman ini lah yang meyebabkan selalu dikencing oleh con. dan sub con.
kerana nak mengejar less project cost and activity must finish on time..
namun kadang2 terdapat  kualiti tidak mencapai spasifikasi/ standart dan
kuantiti yang dikurangkan (seperti penukaran saiz dia. besi tanpa pengetahuan) atau
kuantiti turun daripada langit (seperti kerja2 earthwork yang x balance seperti mana yang telah dikira mengunapakai mass haul diagram)
ini baru sedikit sebanyak masalah on site project aku..
terdapat banyak lagi masalah2 entah bila nak sattle pon ade...haha

secara kesimpulanya di dalam bidang civil engineering memang menyeronokan
jika anda suka mempelajari sesuatu yang baru...
kerana setiap projek berkemungkinan belainan permasalahan..dan cara penyelesaian..
but mesti ada azam untuk take the challenge..
sepertimana aku tinggal jauh dari negeri asalku...
untuk memperolehi pengalaman on site..
dan kene ketepikan sedikit rasa malu..cos aku kerja kebanyakkan nya lelaki ma..
kalau malu bertanya.. bodoh sombong la jadinya..
takot jadi ilmu sesat atau katak di bawah tempurung la...
haha..
end for today..

Gambar borepile work in pogress

Gambar kerja-kerja tanah sedang dijalankan

Powered by Blogger.

Followers