Resepi Kek Coklat

As-Salam,
Disertakan resepi kek coklat bakar daripada my family...
resepi turun temurun daripada mak su..
mak su pula belajar daripada buku resepi je..

Bahan-bahan beserta sukatan:

1 cawan butter (1 buku)
2  3/4 cawan tepung gandum (suffer fine)
2  1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan serbuk koko
2 cawan air panas atau digantikan 1 cawan air dan 1 cawan susu fresh milk
2 camteh soda bicarbonate
1/2 camteh baking powder
1  1/2 camteh vanilla
1/2 camteh garam

Cara-cara

1. Air panas di gaulkan bersama-sama serbuk koko dan dibiarkan sejuk
    (p.s : air panas boleh digantikan dengan 1 cawan air suam 1 cawan susu suam
             dan 1 cawan serbuk koko. Sila pastikan tiada serbuk koko yang bergumpal)
2. Ayak tepung bersama-sama dengan baking powder, soda bicarbonate dan secubit garam.
    (jika mengunapakai self raising flour hanya perlu menambah s.bicarbonate dan garam sahaja)
3. Butter dan gula diadunkan sekali dengan menggunpakai mixer. Pukul adunan sehingga kembang.
    (Kembang yang dimaksudkan adalah bancuhan tidak terbalik apabila diterbalikkan bowl.
     Bancuhan adalah tidak digalakkan di mix terlalu lama kerana dikuatiri butter akan mencair)
3. Masukakkan vanilla ke dalam bancuhan.
4  Pecahkan dan masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan dan pukul sehingga sebati sahaja.
5. Masukkan tepung dan bancuhan coco berselang seli ke dalam adunan.
    (Dimulai dang tepung dan diakhiri dangan tepung)
6. Bakar kek di dalam oven dengan suhu 300°C  di dalam 40-50 minit.
    (suhu dan masa adalah flexible kerana dikuatiri terlalu kering dan kek perlu dipantau selepas
    naik bau)
7. Apabila sudah masak sila sejukkan di suhu bilik dan boleh meletakkan topping.
    >>resepi topping kek coklat (link untuk resepi topping)

Rupa kek setelah diletakakan topping 

Bancuhan coco, air dan susu suam
Bancuhan adunan yang telah kembang untuk digaukan bersama-sama dengan telur

Aduanan yang perlu digaulkan dengan bancuhan coco dan tepung

Rupa kek yang telah masak

0 ulasan:

Post a Comment

tanks for your text...he3

Powered by Blogger.

Followers