Aktiviti larian for Malaysia runners

As-Salam,

kebanyakan sebarang aktiviti larian kini mulai mendapat sambutan oleh rakyat negara ini
buktinya Standard Chartered Run 2018 sold out beberapa jam sahaja..
aku antara orang yang frustrated x dapat join pada tahun ini..waa
kenapa event ini laku keras kerana antara even larian yang amat berbaloi jika dapat menyertainya..
kenapa berbaloi..sebarang aktiviti yang melibatkan larian yang dikendalikan oleh agensi kebanyakkannya perlulah dibayar..no money no marathon..haha


marathon/ larian adalah salah satu aktiviti sihat yang memerlukan perlaburan wang..
bagi aku perlaburan ini berbaloi kerana jika mahu lari sepanjang 5km/10km secara bersendirian/bekeluarga di taman/ tasik/ town adalah agak mustahil..
kerana berkemungkinan rasa malas lebih menguasai..
jika ada pon kebanyakannya atlet olahraga, golongan muda mudi, Chinese, golongan nak cuci mata dan lain-lain...haha ikot senarai seperti banyak pula..
aku ini antara golongan obes di Malaysia.. event larian ini lah yang menjadi pemangkin diriku ini untuk berjalan jauh sikit daripada biasa..haha

jika berminat untuk menyertai sebarang aktiviti larian perlulah mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental.. seperti aku ini jika berjalan jauh mulai berasa semput pada permulaan sahaja..
namun boleh on track apabila sudah warm up..
jika x biasa jangan paksa diri kerana berkemungkinan akan berasa sakit-sakit badan selepas rest...
oleh itu berikut merupakan bucket list untuk pemilihan sebarang aktiviti larian:

i. Kenal pasti aktiviti larian yang ingin dimasuki.
   Aktiviti larian ini kebanyakan terbahagi kepada :
   - Marathon : Kebanyakan melebihi 30km
   - Run/ Fun Run : Kebanyakan 1 sehingga 15km sahaja
   - Ultra trail run/ powerman/ worrior challange dll : Kebanyakan sehingga 100km melibatkan larian/
     mendaki gunung/ berbasikal/ berenang (banyak aktiviti selain daripada larian dan kebanyakan berkumpulan)
   - Colour run : Tedapat acara membaling pewarna apabila mulai start larian
   - dll
contoh track larian 

ii. Memastikan lokasi larian tersebut
    Kebanyakan lokasi larian adalah di taman rekreasi, pusat bandar, universiti, hutan simpan, kawasan
    perkampungan, tepi pantai, jambatan Pulau Pinang dll. Oleh itu pemilihan lokasi larian ini penting apabila anda nak
    mengambil bit larian tersebut dan menyertai larian tersebut.

contoh event lairna yang diadakan di town KL 


iii. Harga
     Ok ini adalah penting kerana seperti pesanan saya tadi larian adalah melibatkan pelaburan.     
     Pelaburan adalah dari segi :
     - Baju larian : Perlu mamastikan kualiti T-shirt dan design yang berpatutan dengan harga
     - Medal/ sijil : ok ini anda perlu membaca dengan teliti apabila menjadi finisher anda mendapat
        medal & sijil penyertaan atau mendapat medal sahaja atau mendapat sijil sahaja. Kerana kadang-kadang
       5km laraian mendapat sijil sahaja.
       Perlu juga memastikan medal tersebut berbaloi dengan harga kerana jika anda penat berlari, namun mendapat medal
      yang tidak cantik berkemungkinan anda akan menyesal menyertainya..hahaha
     - Free gift : ini aku paling suka jika lebih banyak free gift kerana terasa berbaloi join event tersebut.

contoh event larian yang dapat sijil dan medel dan free gift roti dan air..
sorry air dah di telan..haha
iv. Penaja event larian tersebut
     ok kenapa aku highlight penaja karana kebanyakan event larian yang melibatkan syarikat-syarikat besar seperti Standard
     Chartered, Milo, dll, Toto (upps)ha itulah aku kata kena tengok penaja. kerana biasanya logo penaja turut terukir di
     medal..hahaha
     Jika larian melibatkan agensi kerajaan, ia akan menjadi lebih berbaloi kerana terdapat banyak penaja sampingan.

contoh medal yang aku x kenan.. sorry 


v. Last of not list
    Sebarang larian yang ingin dimasuki perlulah mengikut kemampuan diri. Jangan cuba memaksa diri jika tidak mampu untuk menghabiskan larian tersebut. Kerana akan menyebabkan effect kepada kesihatan diri sendiri. Sayangilah diri sendiri..



dan lain-lain

Jika berminat untuk sertai sebarang aktiviti larian boleh lah menjenguk link di bawah :
>>http://www.racexasia.com
>>https://www.justrunlah.com
>>http://myrunners.org/events

dan lain-lain link yang berkaitan.


nota kaki:
Pelaburan yang dimaksudkan di atas adalah pelaburan untuk menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti mengeluarkan peluh....

Aku update berkenaan larian ini kerana ada mood gembira setelah berjaya mencapai salah satu bucket list azam tahun 2018 setelah hampir setahun setengah berehat...😀😀😀
bulan hadapan mungkin aku akan berehat kembali untuk aktiviti larian ini kerana kelender Mac ini padat dengan lawatan m, aktiviti audit s, dan weeding officemate lagi..haha buzy sungguh den ini..hanya free next week sahaja.. lepas tu tekan gear 4 terus..haha

bukan salah kamu untuk segalanya...
sesungguhnya aku memang ingin nampak kuat di matamu itu..
kerana aku pon turut merasa sedih jika melihat pandangan redup dan sedihmu itu..
maaf kan aku...

end..
terima kasih kerana membaca.

Catatan cuti chinese new year (CNY)

As-Salam,

Semperna  CNY tahun ini aku x upadate berkenaan iklan yang menarik
namun aku update tentang sale2 yang menarik semperna CNY ini
untuk hari ini masih tedapat Weekend watsons sale bagi barangan makeup dan ubat-ubatan..
dan pada minggu lalu guardian telah mengakhiri sale gilos2..
namun still berlansung 20-30% sale bagi barangan yang terpilih..

untuk pengemar online shooping..
masih terdapat CNY sale bagi shopee11streetlazadahermo dan lain-lain..

tujuan aku menulis entri kali ini untuk memaklumkan bahawa
jika berminat untuk mendapatkan potongan harga bagai percutian ke themepark
anda boleh ke laman sesawang ini:


terdapat pakej-pakej yang menarik untuk percutian bersama family
ok good luck kepada pemburu ticket murah..
sumber page di atas adalah daripada fb. pemburu tiket murah


terima kasih kerana membaca..


Powered by Blogger.

Followers