Azam Tahun 2018

As-Salam,
Selamat pagi kepada pembaca blog den ni..
Mulakan hari-hari anda dengan senyuman..

nah belanja kelender tahun 2018
sumber kalender ini adalah daripada blog GI station

sempana tahun 2018 aku mempunyai beberapa azam yang perlu dicapai antaranya:

1. Belajar untuk menyimpan wang simpanan/ aset
ya ini aku perlu simpanan selain simpanan kecemasan
yang aku perlu tanam azam untuk tahun ini..sebab umur ku pon telah 30 series..
so kene wat simpanan masa hadapan takot terdapat masalah kesihatan ke.
lagi pon sudah hilang satu beban tangunggan ku iaitu hutang pinjaman pelajaran...
so boleh la aku reschedule balik perbelanjaan bulanan ku..
atau adakah aku patut melabur untuk aset ASB?


2. Sattlekan hutang dengan segera
perkara ini amatlah berat bagi ku kerana sering diuji kekeringan wang secara tiba...
oleh itu aku perlu ada tekad untuk melunaskan hutang2 ku apabila masuk sahaja awal bulan
kerana aku telah merasa seksanya hidup dalam keadaan berhutang liabiliti bukan semasa,
iaitu hutang kereta ku..
so jika aku nak tambah hutang lagi, aku kene punctual di dalam urusan hutang liabiliti ku...
moga dipermudahkan hamba mu ini untuk melangsaikan hutang2 di dunia ini..

3. Perlu tanamkan azam untuk memiliki rumah
ya aku perlu serius untuk azam yang satu ini.. kerana aku x tahu lagi takdir hidup ku ini..
dan x salah aku berazam untuk memiliki rumah pertama..haha
oleh itu aku perlu konsisten bagi azam no.1 dan no. 2 itu..
maka insyallah azam ini akan tercapai...
kerana pada tahun lalu aku menyesali tindakanku ..
kerana hampir 3 kali melepaskan peluang memiliki rumah PR1MA.. 
ya mungkin aku bengong..
but kerana kewangan aku pada tahun 2017 amatlah terumbang-ambing..
dan apabila nama ku naik untuk cabut undi..
aku berada jauh di Merapoh ini.. selain itu tarikh cabutan undi x sesuai dengan jadual kerjaku..
dan jika aku pulang aku teramat penat.. haha alasan aje..
but kali ini aku memang take serius berkenaan perkara ini..
oleh itu aku telah memohon semula pr1ma (semoga dipermudahkan pemilihan dan nama aku x di blacklist kan...ammin)
disamping itu jua aku jua telah memohon Perumahan N9.. (insyallah akan ada article berkenaan hal ini)

rumah indamanku rumah binaan kayu dan sedikit sentuhan moden 
lokasi di tepi anak sungai dan pemandangan menampakan lembah bukit..hahaha... 
indah sungguh angan2 dari rupa..

aku sedar kewangan diriku ini
hanya mampu miliki rumah teres atau apartment murah..
jika aku mampu memilikinya dangan titik peluhku ini,
teramatlah aku bersyukur..


4. Perlu menjaga kesihatan diri dengan sebaiknya
ok aku sedar diri tergolong antara senarai orang2 yang obes di negara ini..hehe
disebabkan hormon aku yang tidak seimbang kerana masalah kegemukan badan ini
aku hampir nak pergi doc. sikit puan..dan sekarang aku mendapat kembali sesak nafas jika terbatuk..
tekad untuk menjadi sihat antara bucket list untuk tahun 2018 ini..
untuk tahun 2017.. satu aktiviti larian pon aku x masuk..haha..
sebab event jauh antara penyebab utama.. kerana aku balik kebanyakan dihabiskan di kg. sahaja..
so untuk tahun ini insyallah aku akan cuba berjalan sepertima aktiviti harian semasa di kl dahulu..
but nasihat doc. untuk kuruskan badan aktiviti senaman menyumbangkan 20% ..
80% adalah dari segi pemakanan .. oleh itu diet yang seimbang perlu diamailkan..
seperti kurangkan minuman manis.. haha aku masih belajar..
cos kat GM ini, minuman manis itu memang sukar dipisahkan..
chayok2 to myself.. kerana sape la nak sayang aku.. melainkan diri aku sendiri..haha
huum kalau azam untuk kurus itu..nanti2 la aku pikir..hahaha

semasa aku pernah mengikuti kelas kuruskan badan dahulu..haha
Squat ini adalah aktiviti basic untuk mendapatkan bentuk badan ideal..
peringatan : walaupon ingin kuruskan badan, 
sarapan pagi jaganlah sesakali dilupakan..
kerana tanaga itu adalah untuk aktiviti seharian kita..

5. Perbelanjaan berhemah iaitu membezakan keperluan dan kehendak 
aku bersyukur (alhamdulillah) kerana diberi dugaan kewangan semasa di perantauan ini..
sekurang-kurangnya aku dapat membezakan antara intan dan permata..haha lawak je la..
perbezaan seperti keperluan.. barangan penjagaan harian dan makanan..
manakala kehendak.. barangan mekap dan barangan hiasan yang x pernah puas nak beli..
ya di GM ini keperluan harian ku sehingga pakaian wanitaku pon sudah lusuh................
aku dah pandai berkira...aku mula berfikir2 jika aku beli barangan tersebut 
adakah aku mampu ikat perut sehingga akhir bulan..
oleh itu aku sering masuk mall dan keluar kembali tanpa membeli apa2 pon..ya menjadi miss kedekut..
dan aku hanya membeli barangan keperluan makanan di kg. halaman..iaitu di family store..
kerana harga di sana 2x lebih murah kot.. lantak la berat kereta drive balik.. janji puas hati..
but untuk perbelanjaan makanan harianku tidaklah aku berkira kerana 
itu adalah reward diriku setelah penat bekerja..

aku celok pic ini daripada blog orang..haha
kedai wajib singgah jika aku balik kg.
event orang Tampin, Seremban dan mak cik aku KW pon datang shopping sini..haha
tapi kalau kira2 duit minyak ke sini pon sama je beli di mall sana..huhu
mungkin alasan mahu jalan2 ke Rembau kot..

ok article berkenaan perbezaan harga barangan keperluan di 3 mall di Rembau 
insyallah akan ditulis..
dan article berkenaan kedai eco rm2.20 di bandar2 utama..

6. Aku cuba untuk mengembirakan ahli keluargaku dan insan2 yang banyak membantuku 
ya azam ini aku dah laksanakan sedikit tahun lalu..
seperti membawa adiku ke CH dan terkini ke Putrajaya sebagai reward mereka..
nampak simple but kenangan bersama adik2 ku memang tidak dapat dikira dengan wang..
kerana air yang dicincang tidak akan putus..gado2 aku jumpa mereka jua..

jika aku mengembirakan orang lain namun aku yang menjadi sedih.. tidak seronok juga..haha
tahun lepas jua aku berkenalan dengan orang cuba mengambil kesempatan kebaikan diriku..
haha.. sebab aku memang pegang prinsip jika x kenal.. maka x tahu.. 
jika dengar mulut orang x semuanya betol kerana berkemungkinan ditokok tambah..
tapi setelah berkenalan baru la ku tahu.. 
berkenaan khabar angin yang aku dengar mungkin ada kebenaranya.. walaupon x semua..
ini membuatkan aku lebih berhati2.. 
kerana antara penyebab demamku jua disebabkan tension di pejabat dan kos sara hidupku dan tension dengan O2dS maybe.. 

beza antara kerelaan dan kesempatan...
kerana rela itu, adalah ikhlas di dalam perbuatan.. namun jika kesempatan pula.. errmm
sebab aku pon pernah cuba diambil kesempatan secara fizikal.. namun itu dahulu ..

jika kesempatan dari segi kewangan dan keringat ini aku masih berfikir2.. betol ke tindakan aku ini..
jika salah langkah maka salah investment takdir hidup ku ini..
kewangan aku pon x kukuh.. xkan la aku nak sara seorg lelaki pula..haha
entahlah..
jika ada hati yg nak petik aku terima aje...haha
kerana HIALB

sekian,
T.Q kerana sudi membaca




0 ulasan:

Post a Comment

tanks for your text...he3

Powered by Blogger.

Followers