5 day 4 night di Kota Bharu, Kelantan

As-Salam,

Entry ini adalah berkenaan pemilihan budget hotel, lokasi makanan sedap dan lain-lain
mengikut pengalaman aku semasa di Kota Bharu(KB).

Ok, pada tahun lalu (2017) aku telah mengikuti khusus AutoCad level 1 anjuran CIDB yang bertempat di Peringat, KB dan tempat penginapan adalah tidak disediakan,
Oleh itu aku telah menyewa hotel-hotel budget di bandar KB di sepanjang tempoh khusus tersebut..
kerana aku x mampu untuk menyewa hotel yang mahal...
namun aku berpuas hati dengan hotel2 budget di KB harga 5 malam hampir bersamaan harga semalaman bermalam di Hotel Perdana.. ya memang tidak adil diperbandingkan dengan hotel gah ini..but jika anda mampu hotel Perdana adalah lokasi terbaik untuk bermalam di KB kerana bilik yang gah dan selesa, sarapan yang memuaskan hati, kemudahan yang tip top dan lokasi yang strategik...

Ruang lobi Hotel Perdana. 
Tumpang melepak tunggu orang sahaja... hahaha


Berbalik semula senarai budget hotel yang aku bermalam adalah seperti yang berikut:

1. Sky Garden Inn

Maaf gambar diambil dikala subuh...haha

Harga semalaman untuk bilik twin room = RM38nett/night
No. tel. : 09-741 2958/ 2950/ 5312
Antara kemudahan yang disedikan : Bilik yang beraircond, toiletries, towels, free wifi, penapis air jenama Coway, tv petak (siaran tv adalah ok), terdapat parking di luar hotel dan lain-lain.


                                     
ok aku menyewa bilik twin room sebab bilik standard sudah habis.. 
dan bilik ini bertingkap.. 

Aku beri 4/5 bintang untuk hotel ini kerana bersih dan layanan customer service yang baik.. 
aku salute hotel ini walaupon nampak seperti agak usang dangan tiles ala2 lame gitu but bersih walaupon owner hotel kepunyaan Cina dan aku x nampak pon anjing sepanjang 2 malam bermalam di sini.. haha, pada mulanya aku ingat nak bermalam semalaman aje namun disebabkan aku berpuas hati aku repeat semalan lagi.

Lokasi : adalah di belakang Kopitiam Kita. So jika nak sarapan pagi anda x perlu risau pasal parking just jalan kaki je ke Kopitiam Kita tu.. sebab bangunan depan aje. Aku jumpa hotel ini pon apabila pertama kali pi breakfast di Kopitian Kita. haha

                                                   

Harga semalaman untuk bilik Double katil Queen = RM46nett/night (ok aku dapat harga ini tapi kalau harga weekend adalah berbeza) 
No. tel. : 09-746 2504
Antara kemudahan yang disedikan : Bilik yang beraircond, toiletries, towels, free wifi, penapis air, tv petak (siaran tv adalah ok), terdapat parking di luar hotel dan lain-lain.

              
      Hotel ini banyak menyediakan kerusi untuk melepak di luar bilik. 

Aku beri 4/5 bintang untuk hotel ini/ namun aku hampir memberi 3.5. Aku amat berpuas hati dengan kebersihan dan keselesaan hotel ini, kerana katil yang empuk. Disebabkan oleh itu pada malam pertama aku landing je atas katil, terus x sedarkan diri..haha😰..toilet shower ala2 hotel yang mahal gitu...Namun, pada malam ke-2 aku sesak nafas sedikit kerana bau rokok yang teramatlah kuat kerana customer meghisap rokok di ruangan legar/ rehat hotel.. mugkin aku tidak biasa bau tersebut...haha. Untuk cek out pada awal pagi anda perlu tinggalkan sahaja kunci di customer service kerana tiada pekerja pada awal pagi.

Lokasi : Jalan Kebun Sultan. Lokasi hotel ini agak tersorok sedikit daripada jalan utama ke Dataran Cheng Ho. Terdapat kedai mee celup di hadapan hotel yang dibuka pada pukul 2 sehingga 10 malam, yang bestnya anda boleh mendapatkan tea beng(tea ais) yang sedap berhaga RM1.50 je......

3. Dani Hotel

                                    

Harga semalaman untuk bilik Double katil Queen = RM37nett/night (ok aku dapat harga ini daripada  Booking.com tapi kalau harga walk in dan weekend adalah berbeza)
No. tel. : 09-748 6790
Antara kemudahan yang disedikan : Bilik yang beraircond, toiletries, towels, air minuman, tv petak (siaran tv adalah tidak ok), publict parking MPKB di luar hotel (ruang parking adalah terhad) dan lain-lain.
         

Maaf aku beri 3/5 bintang untuk hotel ini kerana agak kurang bersih. Aku berasa kurang selesa tinggal di hotel ini kerana housekeping yang kurang memuaskan. Dikala aku cek in masuk bilik terdapat rambut di lantai dan di atas katil, disamping itu juga bilik agak berbau kerana ketiadaan tingkap, selain itu pintu bilik yang tidak boleh dikunci daripada dalam. haha..
banyak pula komen daripada aku..

Lokasi : Jalan utama ke Dataran Cheng Ho. Lokasi hotel amat strategik kerana sebaris dengan Maybank dan di hadapan pustaka dan terdapat pelbagai kedai makan disekelilingnya.

Ok, end pasal review budget hotel...
Nak masuk topic makanan yang best aku melantak semasa di KB...
Antara kedai makanan yang menarik di Kota Bharu adalah :

1. Kopitiam Kita

Ok tempat ini adalah antara bucket list kalau pi KB ini...
Opening hours : 6.00 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Disarankan pergi pada waktu selepas subuh coz memang ramai orang.
Lokasi : Waze sahaja Kopitiam Kita Kota Bharu.
              Maaf lokasi kedai ini agak tersorok daripada jalan utama menghala ke Pengkalan Chepa. Bersebelahan dengan Pusat Temuduga SPA, KB. Jika anda mengunapakai app. waze, lokasi Kopitiam Kita ini adalah di selekoh sebelah kiri bangunan kedai 2 tingkat, masuk ke selekoh tersebut dan lokasi kedai di sebelah kanan.


Menu utama tarikan di kedai ini adalah Roti Titap..

                                                            
Roti telur dengan telor cotek (sepauh masak) bersama kaya di setiap bucu..😋
pekena dengan tea tarik / kopi pekat pagi2 memang mengancam...hahaha

Harga Roti Titap ini boleh tahan juga RM5.00. Mungkin kalau sekali sekala ingin merasa boleh la. Kalau pergi selalu boleh kopak poket jua sebab sarapan pagi sahaja hampir 10 hinggit...
Maaf la kalau aku emo sedikit. Kerana di KB ini RM10 ringgit kemungkinan anda boleh makan nasik berlauk ayam/ itik/ daging bakar sebanyak 2/3 bungkus..haha
Di Kopitiam Kita jua terdapat jualan kueh dan nasi berlauk.. maaf sekali lagi boleh dikatakan agak mahal harganya dan rasanya kurang sedap..maaf ini daripada pandangan ikhlas aku... mesti ramai yang kecam sat lagi ini...
Pendapat aku ini adalah kerana apabila aku tinggal di Kelantan ini aku dapat membezakan rasa kueh/ nasi berlauk tersebut sodap atau tidak....
dan kalau ditanya rakyat tempatan kedai makan ini adalah untuk golongan yang berkemampuan sahaja..haha
maaf Kopitam Kita..

Namun, 
Aku tetap puji Kopitiam Kita ini kerana 
Rasa roti sedap dan service tip top walaupon ramai orang sepanjang masa...
yang menjadi keunikan di Kopitiam Kita ini adalah anda akan jumpa perbagai jenis bangsa yang bersarapan di sini...
disebabkan itu aku ulang 2 kali sarapan di sini...haha


Apabila datang ke KB ini lebih baik aku rasa sendiri nasi Kak Wok ini di daedah dan negeri asal nya..hahaha
Kerana nasi Kak Wok ini telah popular malahan terdapat perbagai lokasi cawangan di sekitar KL dan Selangor.

maaf gambar daripada copy right mr. Google je..
disebabkan telampau lapar selfie dengan nasi pon x sempat...hahaha

Harga : Maaf kerana makan secara berjemaah dengan rakan2 (sekelas khusus) so harga x ingat kerana dibayar secara lump sum..hahaha. Kalau aku survay mr. Google dalam RM4 - RM5.50

Rasa nasi Kak Wok ini bagi pandangan aku sedap kerana rasa kuah rempah yang kaw dan ayam gorang yang garing apabila dipotong kecil-kecil.

Waktu operasi : Makan tengah hari

Lokasi : Boleh cari di Waze kerana terdapat beberapa lokasi di KB



Lokasi kedai makan ini aku perolehi selepas mencari-cari lokasi yang menarik untuk sarapan pagi, 
so dengan tekad aku pergi dengan mengunapakai app Waze dan ternyata berbaloi walaupon harga boleh tahan.

oleh kerana orang baru nak buka kedai, aku pula dah terpacak 
memang macam tiada pengunjung lagi la..haha

Waktu operasi : 7.30 pagi - 4.30 petang. Ditutup pada hari Selasa
Lokasi : di jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan. Di Medan Ikan Bakar Kedai Buluh, Jalan Kuala Besar. Ok kedai ini bukanlah binaan bermotifkan kayu buluh ke kerana itu just nama sahaja, malahan bentuk atap kedai ini ala2 khemah kanopi. Jika mengunakan Waze lokasi kedai adalah disebelah kiri jalan. Aku hampir keliru semasa pertama kali sampai di kedai ini kerana lokasi kedai adalah bersebelahan Sg. Kelantan.

Menu utama di sini adalah : 

ok ini adalah menu rare di kedai ini.. 
iaitu tea beng madu kelulut/ tea beng madu/ tea beng madu float
rase tea beng ini adalah sodap yang amatlah...
kerana rasa manis2 lomak madu.. bukan rasa manis gula..
walaupon harganya boleh tahan tetapi teramat berbaloi..
harga di dalam RM4-10 bergatung kepada jenis tea beng yang diminta...

sup ikan adalah menu yang menjadi pilihan utama jika datang di sini
aku oder badan je sebab kepala ikan harga die boleh tahan mahal iaitu mencecah RM80
namun ia amat berbaloi kerana besar dan paling penting sodap...
jika anda berlebihan budjet semasa travel, boleh la anda singgah di sini..


Ok kali ini aku review gerai di tepi jalan utama Dataran Cheng Ho, KB
Semasa aku bermalam di Hotel Dani aku kebetulan aku berjalan2 sebentar dan terjumpa gerai ini..
oleh kerana ramai orang yang berbaris panjang so aku pon join the club makan-makan...haha

       
Menu utama di sini nasi kukus dengan pelbagai lauk.. nyam

sumber gambar dari FB 

Lokasi gerai betol2 di belakang gerbang ini..sebelah kiri jalan 

Waktu operasi : 6 petang - 9.30 malam
Harga : Bergantung kepada lauk pauk yang dipilih.

End berkenaan review makanan yang sodap pada selere den semasa di KB dahulu.

Sepanjang aku di KB aku berkesempatan pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) kerana 20 min aje masa perjalanan dari bandar/ hotel penginapan.

antara gambar yang sempat diambil..haha

Sunrise😏

lokasi yang sesuai untuk melihat keindahan ciptaan nya
disamping boleh mendapat ketenangan..


Nota kaki:

  1. Review bilangan bintang yang diberikan untuk budget hotel adalah berdasarkan pendapat saya. Setiap orang mempunyai pandapat yang berlainan. Review saya juga berdasarkan suasana, kebersihan hotel dan siaran TV pula memadai channel 1,2,3 dll. Jika hendak membuat perbandingan dengan kemudahan yang disediakan oleh hotel yang mahal adalah tidak adil.
  2. Terdapat pelbagai hotel budget di KB namun yang menjadi pilihan saya adalah harga below RM50. Antara ketiga-tiga hotel saya lebih menyukai Rose Garden Inn kerana bilik yang selesa dan berhampiran dengan gerai makan. Saya pernah jua bermalam di hotel budget di Wakaf Che Yeh namun jika dibuat perbandingan harga dengan hotel-hotel di KB, pada pendapat saya harga hotel budget di Wakaf Che Yeh lebih mahal sedikit.
  3. Review kedai makan pula adalah berdasarkan pandangan saya di tempat2 di kunjungi. Pelbagai juga lokasi yang saya kunjungi bagi kedai/ atau gerai makan. Namun yang top 4 adalah seperti di atas. Saya tidak try makanan seafood celop2 pada waktu malam kerana kekurangan budget...hahaha
  4. Sepanjang 5 hari di KB saya berasa seronok kerana suasana yang santai dan sejuk mata memadang disebabkan mempunyai sawah padi, disamping berhampiran tepi pantai dan mempunyai tempat makanan yang best-best. Patutlah orang Kelate mau balik kg. kalau den di tempat mereka pon samela kot. haha

Sekian, terima kasih...

1 ulasan:

  1. memang best pantai pcb tu ... satu lagi pantai yang best ialah pantai nami

    ReplyDelete

tanks for your text...he3

Powered by Blogger.

Followers