Kepada sahabatku

sahabat,
ingatlah bahawa pilihanmu itu untuk mencari rezeki demi keluarga adalah tidak salah,
namun beringatlah janganlah anda sesekali tersasar dari landasan itu..
sahabat,
jika anda menjadi kemurungan dan kebosanan pada hari-hari mu,
ingatlah kamu masih mempunyai ramai sahabat yang menyokongmu,
tapi jika itu tidak mampu menenangkanmu,
maka perlulah kamu mengadu kepada-Nya pencipta yang satu,
sesungguhnya dialah yang menentukan segala takdir hambanya..
sahabat,
jika anda merindui keluarga tercinta,
maka rendahkanlah ego mu untuk berterus terang,
kerana ternyata jua mereka juga merindumu..
sahabat,
anda perlulah menyayangi diri anda juga dengan
menjaga keperluan dan kesihatan dirimu,
sesungguhnya janganlah mengambil mudah tentang perkara ini...

nota kaki
nurkilan seorang sahabat,
yang sentiasa menyokongmu dari jauh2 sahaja..
😛

0 ulasan:

Post a Comment

tanks for your text...he3

Powered by Blogger.

Followers