Cara Mengatasi Stress

as-salam..
entry kali ini aku nak berkongsi cara2 mengurangkan stress.. 
keberkesanan adalah bergantung kepada individu masing2..
dan peringatan kepada diriku jua..

1. Mendengar musik kegemaran
ya jika tengah stress di tempat kerja sila pakai earphone dan mendengar lagu2 kegemaran..
namun dinasihatkan untuk mendengar light music.. atau rock, clasic rock, soft rock ke pop ke..
tidak digalakkan mendengar lagu jiwang.. takot terbawa2 perasaan sedih pula..
hahaha

2. Melakukan hobi/ atau melakukan origami
kalau aku tension memang aku akan membuat origami seperti bintang ke bunga ke..
wat comel2 letak dalam balang kaca yang dapat free tu.. 
sekurang-kuranya dapat kepuasan diri sendiri sedikit..

3. Cubaan bersenam ringan/ berjalan 
kalau rasa berseman tiada masa.. cuba ambil masa senggang hujung minggu atau dikala x sibuk..
berjalan selama 20 minit di taman.. sekurang-kurangnya dapat mencuci mata...hahaha

4. Tenangkan diri dengan pergi atau membayangkan tempat2 yang cantik
Seperi membayangkan suasana di tepi pantai..
atau petang2 pergi tengok pemandangan sunset.. sambil bersyukur ciptaan tuhan yang indah..
atau kalau stress di pejabat.. keluar sekejap dan menghirup udara yang segar..
kalau aku selalu pergi ke site.. bawa moto.. itu pon terapi bagi diri ku..

5. Manjakan diri sendiri
seperti rehat & tidur yang mencukupi... 
jagan memaksa diri daripada terus bekerja kerena badan pon memerlukan rehat yang secukupnya..
tengok wayang ke.. mengurut badan ke..dll

6. Menagislah
ok terapi ini bukan hanya untuk perempuan sahaja..
lelaki pon boleh menangis.. tapi biasa nyer nagis sorok2 le... ego..hahaha
kerana menangis melepaskan tekanan yang negetif..kerana itu la selepas menangis rase penat..haha

8. Ketawa
dengan melihat vedio atau membaca cerita lawak pon boleh ketawa.. kec. anda tiada perasaan

contoh tengok vedio perodi ini..
kalau x kelakar atau paham..
kbye

9.  Melakukan ibadah dan berdoa
paling mudah cuba sentasa ada air sembahyang.. walupon nampak mudah.. tapi susah jua..haha
mengadulah kepada Alllah kerana setiap ujian yang dihadapi 
adalah mengikut kemampuan individu tersebut..
Berdoa adalah salah satu mekanisme manusia mengadu, dan bersandar kepada sang penciptanya..


10. Pengadu permasalah kepada orang yang dipercayai 
dengan mengadu permasalahan sekurang2 nya individu yang mendengar dapat memberikan 
respon terhadap masalah yang dihadapi..

Sekianm TQ

Kingsman The Golden Cycle

As salam..
Kali ini aku nak review berkenan movie Kingsman The Golden Cycle..


Yang baru ditayangkan pada 21hb. yang lalu...
Disebabkan teringin nak tengok this movie...
sanggup pau duit adik untuk bayar duit tiket.. haha.. akak yang kejam..
Berkenaan dengan movie yang kedua ini di kategori boleh la... aku bagi 4/5 bintang..
overall kesimpulan cerita adalah...
padah akibat daripada pengambilan dadah oleh masyarakat...

secara pendek sinopsis cerita ini adalah berkenaan...
The Golden Cycle adalah agensi pengedaran dadah antarabangsa yang terkemuka..
dimiliki oleh seorang perempuan cantik tetapi kejam yang bernama Poppy...

lakonan Julianne Moore

berpusat di dalam hutan bagi mengelakkan diri daripada dikesan oleh pihak berkuasa...
namun Poppy mengharapakan perhatian masyarakat kerana obviously die telampau kaya..
hasil daripada duit haram hasil jualan dadah...
namun namanya x sepopular mana walaupon diketogorikan wanita terkaya di dunia...
malahan terpaksa menyorok dan tinggal di dalam hutan negara _x_
(negara pengedar dadah antarabangsa.. baru den tau.. tu pon adik aku yang bagi tau..huhu)
ditemankan dengan robot2, manusia iaitu slave dan Elton John..
(macam mana boleh sesat si Elton ni aku pon x tahu)
kenyataan hidup si Poppy memang sadis namun ada lojiknya...
Oleh yang demikian Poppy berniat jahat..
telah mengedarkan dadah yang beracun ke seluruh dunia..
yang boleh menyebabkan kematian dalam tempoh lebih kurang dalam tempoh seminggu
kepada sesiapa yang telah mengambilnya..
Poppy turut menawarkan penawar bagi racun tersebut dengan syarat
mendapatan pengecualian berkenaan pengharaman pengedaran dadah di peringkat atarabangsa..
senang cerita x salah la jual dadah ini la..dan dirinya x ditangkap..
itu cerita tentang Poppy..

Berkenaan Kingsman pula adalah
pada permulaan cerita Eggsy telah dikejar oleh musuh lamanya Charlie..
walupon Egssy berjaya mengalahkan Charlie..
namun tanggan robot si Charlie masih teringgal di dalam kereta..
menyebabkan kesemua maklumat data mengenai agensi Kingsman telah berjaya dicuri..
dan keesokan malam Poppy telah mengebomkan kesemua tempat tinggal dan office Kingsman..
namun Eggsy terselamat kerana ada dinner di rumah pak mentua..
dan Merlin juga turut terselamat kerana alamat rumah tiada di pengkalan data Kingsman...
oleh itu Merlin terpaksa mengunakan pelan kecemasan 'Doomsday protocol'..
yang menemukan mereka kepada agensi perisikan yang lain
iaitu Statesman yang berpusat di Kentucky...
di sana mereka bertemu kembali Harry yang terselamat namun menghadapi amnesia..
dan mereka turut bertemu dengan agen2 yang lain ala2 koboi2 man...haha ..


bagi membalas dendam kamatian agen2 Kingsaman yang lain..
mereka mencari maklumat Charlie.. namun rupanya ada kaitan dengan Poppy..
oleh yang demikian rancangan bertukar menjadi untuk mencari penawar bagi dadah2 tersebut..

Charlie, Harry dan Whiskey

dan bermula pengembaraan penuh dengan aksi yang menarik bagi mendapatkan penawar tersebut..
terdapat elemen kejutan kerana terdapat betrayal, sedih kerana kematian kematian Merlin, 
kelakar bagi babak Elton John dan lain2... 
oleh yang demikian kepada sesiapa yang meminati cerita aksi boleh la pi menonton cerita ini..
aku menyukai camera trick bagi filem Kingsman..


bersama ini jua disertakan trailers cerita ini..




p/s : sila jangan marah jika aku telah spoil/ bocorkan maklumat cerita ini 
cos sinopsis daripada Wikipedia lagi detail...hahaha
but bagi aku aksi dari filem Kingsman The Secret Service lagi best kot..

Kbye..


Rumah Kartun & Komik Malaysia (MCCH)

As-salam...
Terdapat tarikan terbaru di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur..
iaitu Rumah Kartun & Komik Malaysia/ MCCH (Malaysia Cartoon & Comic House)
adalah muzium untuk kartun, karikatur & komik Malaysia...
yeea kita dah ada muzium untuk kartun di Malaysia..

padangan sisi kanan muzium

pandangan dari hadapan muzium

sumber daripada flyers yang diedarkan:
MCCH menempatkan galeri dan arkib bagi mendekatkan masyarakat 
kepada seni kartun dan komik negara...
Mula dibuka kepada orang ramai pada 1 April 2017..
Menyusuri sejarah perkembangan seni kartun dan komik sejak zaman silam 
bermula pada awal 1930-an sehingga ke karya mutakhir...
MCCH mempamerkan lebih 500 keping kartun dan komik yang dihasilkan oleh 50 karyawan negara..
sebilangan besar daripada koleksi adalah karya asal yang dihasilkan 
oleh pelukis kartun dan komik tersohor negara..

antara majalah yang menjadi kegilaan pada satu ketika dahulu



kartun tribute tokoh2 pemimpin, atlet, seniman dan insan2 tersohor negara

Alamat : Taman Botani, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10 pagi - 5 petang (dibuka pada setiap hari)
No. contact office : +603-7772 3140
Entrance fee : FREE

ok daripada pandangan aku yang gilakan majalah seperti komik sejak dari sekolah dahulu..
muzium ini amatlah berbaloi untuk dilawati.. walupun ruangan nya kecik..
namun padat dengan kartun, karikatur & komik..
dan terdapat jua penjualan majalah tersebut..seperti gempak starz, mat despatch dll.

terdapat jua tabung kutipan sumbangan kepada MCCH
moh kita sumbangkan kepada muzium ini

antara kartun & karikatur yang menarik...

karikatur Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang 
sedang mengumumkan kemerdekaan 

 
turut dipahatkan karikatur2 bagi pemenang sukan SEA pada baru2 ini

antara ruang kartun yang turut dipamerkan


Turut ditempatkan ruangan jualan komik yang terkini seperti Gempak Starz

 ruangan ini menjadi kegilaan pada remaja dan kanak2

 Turut terdapat khidmat melukis karikatur bagi sesiapa yang berminat

khidmat bayaran seperti yang tertera di gambar

berkemugkinan hampir separuh daripada generasi kanak2/ remaja kini
sudah kurang meminati hiburan berbentuk majalah seperti ini..
saya rasa beruntung kerana turut merasa zaman kegilaan majalah Gila2, Ujang, Apo..
dan pada zaman remaja pula beralih kepada komik Gempak Starz...hehehe
sedih jua banyak syarikat yang otai2 terpaksa ditutup kerana kecangihan teknologi gajet ini..
huumm... berharap industri ini dapat diteruskan dan tidak lapok dek zaman...
kerana bukan senang untuk membuatkan orang ketawa dengan
hanya berbekalkan pen, kertas dan idea sahaja..
majulah industri kartun, karikatur & komik di Malaysia..

Nota kaki:
Terjumpa muzium ini dikala hendak bawa adik jalan2 di taman kerana alang2 dah datang kl ini..
cos belum gaji...so bawa jalan2 di taman je la.. but ternyata berbaloi..hehe

Baby Shark Doo Doo

As-Salam,
Kali ini aku nak viralkan lagu tengah hot sekarang

iaitu .....

Baby Shark Dance

walaupon lagu ini dah umur setahun..
tapi hari ini baru aku tau..his2
tu pon setelah de seorang di opis nyayikan.. kalau x sampai sekarang 
aku pon x tahu kewujudan lagu ni... haha
kalau bosan dan tension boleh dengar lagu ni dambil dence..
sebab lagu ini boleh jadi pengubat boring jem kot..
terkini..rancangan Meletop pon wat parody lagu ni..haha

parody daripada Melatop

last and not list vedio sebenar lagu Baby Shark ini...


kbye.. 

baby shark doo doo...
mommy shark...doo doo..
daddy shark...doo doo..
grandma shark...doo doo..
grandpa shark...doo doo..
....

Senarai lagu bagi concert penutupan 29th SEA Games

As-Salam,
ok semasa penutupan sukan SEA games hari tu...
terdapat konsert ambang merdeka sementara tunggu detik 12 malam
and PM umum cuti peristiwa pada hari ini.. ceh penat je aku mohon awal2 cuti untuk today...haha
but bukan itu yang aku nak membebel..
yang aku nak nak tulis adalah berkenaan konsert tersebut..
walaupon aku tengok di hadapan TV je pon... aku rase macam nak karok je...
adik aku yang jadi volunteer pon sampai hilang suara sebab karok dalam stadium tu..haha

list lagu-lagu semasa concert tersebut


ok kalau rajin nak tengok 
konsert start pada minit yang ke 1.00.00


yang pasti lagu-lagu banyak rare pada zaman 19-20an 
yang menjadi nostagian siulan pada zaman tersebut.... antaranya..

Mentera semerah padi 

Rindu bayangan

Belaian jiwa

Sekadar dipingiran 
entah aku tiba2 tersuka lagu ni pulok..haha

Jika kau bercinta lagi

Sampaikanlah salam..
dan lagu ini..

Isabella
lagu berhantu dan x pernah rasa tua..haha 
seperti lagu Hotel california

Fantasia bulan madu

Kau ilhamku

Hijau
lagu wajib dengar semasa aku di PLKN dulu..hehe

Standing in the eyes of the world
lagu yang dinantikan oleh semua orang bagi sukan SEA ni
katanya lagu baru x boleh challenge lagu ini...haha betol kot

dan banyak lagi..
huu...itu sila cari sendiri..
but bagi aku lagi tema nyayian Mia Palencia_So Many Hands
boleh jadi ispirasi juga... aku suka lagu ini juga juga peneman mp3 untuk ke tempat kerja..haha

So Many Hands

nota kaki:
list2 lagu ini boleh menambah list mp3 kereta ku..
tq kerana membaca entry ini..







Iklan Sempana Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2017

As-Salam...
Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-60
dah tua juga abah den (yang berkongsi tahun dengan hari kebangsaan)
seperti biasa aku nak berkongsi iklan-iklan yang menarik pada tahun ini
semperna sambutan hari kebangsaan ini antranya adalah:

Iklan Maxis_Malaysia semua kan ade


Iklan Celcom_Pengalaman foreigner english teacher


and last and not list Petronas ads

Ok setakat itu aje list iklan yang aku nak promote
TQ..
Selamat Hari Raya
dan selamat bercuti panjang selama 5 hari
racanglah perjalanan pergi dan pulang ketika bercuti panjang ini
kerana banyok sungguh kereta..haha



Tengelamnya Kapal Van Der Wijck

Karya agung Tengelamnya Kapal Van Der Wijck tulisan penulis terkenal Dr. Hamka
memang sudah lama menjadi bulan umum..
namun aku tidak pernah terdetik untuk membacanya...
cerita buku ini telah diadaptasi kepada filem pada tahun 2013
dan baru sekarang aku menontonya...sebab boring2 di rumah..
ternyatalah hikayat cerita ini adalah antara filem yang terbaik aku pernah tonton..
aku merasa rugi kerana tidak pernah berusaha ingin membaca novelnya sebaliknya
aku telah memilih untuk membaca karya2 yang aku boleh ketogorikan'
karya kanak-kanak kecil... yang tidak matang dan penuh angan2 satu ketika dahulu..

Kapal Van Der Wijck itu adalah simbol kepada kisah tengelam timbulnya cinta sejati seorang lelaki dan perempuan...
ya cerita ini cerita jiwang tetapi penuh dengan pengajaran..
seperti di luar negara simbol cerita cinta agung cerita Titanic...
ternyata perjalanan cerita daripada novel diadaptasi kepada filem boleh dikasifikasikan menjadi.
Teknik lakonan, lokasi dan penceritaan tersusun, tetapi cuma teknik CGI semasa tenggelam kapal perlu diperbaiki, walupon pengakhiran cerita berlainan daripada karya Dr. Hamka.

Poster filem ini

Sinopsis

Kisah bermula dari seorang pemuda  yang berasal dari Makassar bernama Zainuddin. merupakan anak berdarah suku campuran. ayahnya berasal dari Padang Panjang dan Ibunya berdarah Minang. Kedua orang tua Zainuddin telah lama meninggal dunia. Zainuddin yang hidup bersama sang nenek, memutuskan untuk berlayar ke tanah kelahiran ayahnya di Batipuh. Untuk mendalami ilmu agama.

Di desa tempat Zainuddin mendalami agama, bertemulah dia dengan seorang gadis cantik, Hayati berdarah asli Minangkabau yang menjadi bunga desa. Hayati yang juga yatim piatu diasuh seorang penghulu adat di batipuh. Lingkungan yang mempertemukan mereka, Lingkungan jugalah yang membuat dua insan ini jatuh cinta. Namun kisah cinta mereka, tak semulus apa yang diharapkan oleh keduanya. Peraturan adat istiadat yang teguh menjadikan hubungan mereka mendapatkan pertentangan oleh masyarakat suku adat. Tak terkecuali oleh datuk ketua adat yang menjaga Hayati. Karena Zainuddin dinilai seseorang yang miskin dan tidak jelas asal usulnya. Hubungan mereka yang tidak mendapatkan restu lantaran aturan adat, memaksa Zainuddin harus diusir dari desa batipuh dan berpindah ke Padang Panjang.

Hari terakhir sebelum Zainuddin pergi dari desa tersebut. Zainuddin mendapat sebuah kenang-kenangan dari Hayati berupa sehelai kain putih, sebagai tanda untuk mengikat tali cinta mereka. Zainuddin berjanji suatu saat  kembali ke desa tersebut untuk meminang Hayati menjadi istrinya dan Hayati pun sanggup menunggu waluapapun yang terjadi.

Pemergian Zainuddin ke Padang Panjang tinggal di rumah Muluk yang masih ada hubungan kerabat dengan ayah Zainuddin. Di daerah itu sendiri, terdapat suatu tradisi adat yang menjadi acara menarik dikalangan masyarakat minang. Acara tradisi tersebut ialah tradisi Pacuan Kuda. Dengan alasan acara itulah, Hayati di beri ijin oleh sang datuk untuk melihat pacuan kuda. sekaligus maksud hati Hayati ingin bertemu Zainuddin. Setelah sampainya Hayati di Padang Panjang, Hayati menginap dirumah sahabatnya bernama Khadijah. Khadijah sendiri adalah seorang anak bangsawan yang masih mendapat kedudukan tersendiri di desa tersebut. Tradisi Pacuan kuda sendiri merupakan tradisi yang berpestij bagi kalangan bangsawan pada waktu itu. Khadijah memiliki seorang abang bernama Aziz. Dipendekan cerita, Khadijah memasangkan Hayati dengan abangnya Aziz. Kecantikan yang dimiliki Hayati membuat Aziz tertarik. Aziz pemuda yang kaya raya, berdarah bangsawan dan belum memiliki pasangan.  Deskakan oleh ibunya untuk mahu dipasangkan dengan Hayati, Aziz pun setuju dengan menghantarkan rombongan pinangan.

Ketika Aziz meghantar rombongan melamar Hayati, pada hari yang sama juga Zainuddin telah melamar Hayati dengan meghantar sepucuk surat yang ditujukan untuk Sang datuk ayah tiri Hayati. Setelah dimusyawarahkan dengan tokoh adat, akhirnya Datuk memutuskan untuk menerima lamaran Aziz. dan menolak lamaran Zainuddin. Ini karena Aziz dipandang sebagai pemuda yang kacak, kaya raya, dan keturunan bangsawan. Hayati pun harus terpaksa menuruti permintaan sang datuk. untuk dinikahkan dengan Aziz.

Mendengar lamaran Zainuddin ditolak dengan alasan yang kejam, membuat Zainuddin bermurung sehingga tak mampu bangun dari tempat tidurnya selama 2 bulan. Dengan keadaan yang seperti itu, doktor yang merawat Zainuddin akhirnya menjemput Hayati bertujuan untuk Zainuddin bangkit dari kemuerungannya itu. Namun kedatangan Hayati betemankan suaminya Aziz, menyebabkan Zainuddin sedih. Setelah mendapat sokongan daripada Muluk, sahabatnya akhirnya Zainuddin bangkit dari kemurungan. Muluk lah yang selama ini setia merawat Zainuddin dirumahnya dialah sahabat yang mampu menenangkan hati Zainuddin. Sampai akhirnya Zainuddin benar- benar sembuh.

Zainuddin yang kini sembuh, akhirnya memutuskan harus pergi dari tanah minang. Untuk melupakan semua masa lalu cintanya yang kelam. Zainuddin memilih tanah Jawa untuk tujuannya pergi dalam pelayarannya ke Batavia, Muluklah sahabat yang setia menemaninya. Berawal dari kisah cintanya yang kelam. Zainuddin menuliskan semua kisahnya menjadi sebuah karya sastra sehingga pemilik surat khabar di batavia, merasa tertarik dengan tulisan karya Zainuddin dan ingin menerbitkannya. Buku Berjudul ''Teroesier'' menjadi karya pertamanya yang laris dipasaran berkat buku tersebut Zainuddin menjadi kini menjadi penulis terkenal dan kaya. Kepintaran Zainuddin dalam membuat tulisan-tulisan yang menginspirasi menjadikan Zainuddin dipercaya untuk memimpin sebuah perusahaan surat khabar di Surabaya.

Lantaran tugas dari pekerjaannya Aziz ditugaskan untuk kerja di Surabaya, Aziz dan Hayati telah berpindah kesana. Hayati yang kini berada dikota yang sama dengan Zainuddin, juga penggemar tulisan karya Zainuddin. Namun Hayati tidak mengetahui bahwa buku tersebut, ialah karya dari Zainuddin. Berkat kepopularan buku tersebut, membuat seorang seniman menjadikan kisah tersebut menjadi sebuah pertunjukan opera sekaligus ingin memperkenalkan pengarang buku tersebut.

Pada pertunjukan opera itu, Hayati dan Aziz datang dan tidak diduga Hayati. dalam akhir pertunjukan itu telah diperkenalkanlah penulis tersohor tersebut yang ternyata ialah Zainuddin yang berganti nama menjadi Shabir. Hayati pun terkejut melihat sosok Zainuddin yang kini sudah berubah jauh lebih tampan, jauh lebih kaya, jauh lebih tersohor berbanding Aziz.

Aziz telah mengalami masalah yang serius iaitu perusahaannya bangkrut, dan dia dipecat. Bukan hanya itu, Aziz juga berhadapan dengan pengkutip hutang karana hutangnya yang banyak. Akhirnya semua hartanya disita dan dia kini menjadi miskin. Dalam keadaan seperti itu, Zainuddin berbaik hati dengan menampung Aziz bersama Hayati tinggal dirumahnya.

Ketika numpang dirumah Zainuddin. Aziz merasa malu kerana dia merasa telah berbuat jahat kepada Zainuddin dengan merebut kekasihnya. Aziz kemudian beralasan pergi meninggalkan rumah Zainuddin untuk mencari kerja dan tetap meninggalkan Hayati berada dirumah tersebut. Setelah kepergian Aziz dari rumah Zainuddin dia telah mengirimkan surat yang berisi Talaknya kepada Hayati. Aziz bermaksud ingin menebus kesalahan kepada Zainuddin dengan mengembalikan Hayati kepada Zainuddin. Aziz telah nekat bunuh diri dengan menenggak racun.


Zainuddin yang ternyata masih menyimpan dendam dengan Hayati. tidak mahu menerima kembali Hayati sebagai kekasihnya karenaa Hayati pernah merendahkanya dan menghianatinya. Akhirnya Zainuddin menyuruh untuk Hayati pulang ke kampung halaman dengan membiayainya kepulangan Hayati pulang ke kampong halaman dengan menaiki  Kapal Van Der Wijck. Kapal tersebut adalah buatan Belanda cukup mewah pada saat itu. Namun tragis, dalam pelayarannya, kapal tersebut tenggelam. Untuk mengenang Hayati, Zainuddin membangun rumah asuhan untuk anak yatim piatu yang dia beri nama Panti HAYATI.

terdapat dua kali pop up ikan yang perlu ditutup..

Pengajaran/ ulasan :

1. Adat Vs Agama
Ternyata adat minangkabau yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas telah memisahkan cinta sepasang kekasih yang berlainan asal keturunan. Adat zaman dahulukala yang hanya memilih yang berketurnan sahaja/keluarga yang berada sahaja adalah tidak selari dengan ajaran Islam.
Kerana Islam tidak memilih pasangan berdasarkan kepada harta dan keturunan bangsa, tetapi keturunan yang baik2 adalah turut tersenarai.

2. Mematuhi perintah keluarga
Hayati menghormati pilihan keluarga yang ternyata bukan ibu bapanya, walaupun terpaksa berkorban menjadi kejam kepada cinta hatinya.

3. Sokongan seorang sahabat
Beruntung Zainuddin yang mempunyai teman yang sejati yang bernama Muluk yang sentiasa menasihatinya dan menemankanya sehingga berjaya. Kebangkitan Zainuddin adalah dari semangat dan sokongan temannya.

4. Jangan mudah berputus asa
Zainuddin telah bangkit daripada kegagalan percintaannya untuk menjadi seorang yang disegani dan bukannya memilih untuk menamatkan hayatnya. Sebaliknya memilih kehidupan yang baru bagi membuktikan kegagalan di dalam percintaan bukanlah segala-galanya.

5. Jangan membuat keputusan melulu ketika marah..hehe
Kerana ego dan dendam Zainuddin kepada kekasihnya Hayati, dia telah menolak kebahagian yang berada di hadapan mata. Lantaran keegoan nya itu telah membuatkan dia menyesal dengan keputusanya.
aku suka dialog ini.. antara ego dan dendam kemaarahan Zainuddin kepada Hayati
yang aku anggap memag patut diluahkan oleh Zainuddin(mood feeling ala2 zanuddin) kerana 
telah dibuang oleh cinta hatinya ketika dahulu

...
dan setiap kejatuhan adalah pembangkin untuk kita meneruskan kehidupan dan bukan hanya meratap malang nasib sahaja kerana Allah hanya akan memberi ujian setimpal dengan kekuatan hambanya.


Sumber daripada:
Syaifardhinata.blogspot

tanks kerana sudi membaca

Kepada sahabatku

sahabat,
ingatlah bahawa pilihanmu itu untuk mencari rezeki demi keluarga adalah tidak salah,
namun beringatlah janganlah anda sesekali tersasar dari landasan itu..
sahabat,
jika anda menjadi kemurungan dan kebosanan pada hari-hari mu,
ingatlah kamu masih mempunyai ramai sahabat yang menyokongmu,
tapi jika itu tidak mampu menenangkanmu,
maka perlulah kamu mengadu kepada-Nya pencipta yang satu,
sesungguhnya dialah yang menentukan segala takdir hambanya..
sahabat,
jika anda merindui keluarga tercinta,
maka rendahkanlah ego mu untuk berterus terang,
kerana ternyata jua mereka juga merindumu..
sahabat,
anda perlulah menyayangi diri anda juga dengan
menjaga keperluan dan kesihatan dirimu,
sesungguhnya janganlah mengambil mudah tentang perkara ini...

nota kaki
nurkilan seorang sahabat,
yang sentiasa menyokongmu dari jauh2 sahaja..
😛

Lagu Nasyid Terbaik pada 90an & 20an

As-Salam,
tahun 90an dan awal 20an antara zaman kenaikan lagu-lagu nasyid..
setanding dengan lagu-lagu jiwang pada zaman tersebut..
mugkin aku yang di sek. agama so memang hadam la lagu-lagu nasyid ini..
antara lagu-lagu nasyid yang popular pada zaman dahulu adalah..

Brothers - Teman Sejati
lagu wajib di nyanyikan apabila menghadiri kem-kem motivasi...ha2
ok ahli kumpulan yang popular adalah Yasin

Sayang-Sayang = Huda
Comel-comel penyayi kumulan ini, sejuk mata je tengok..he2
antara lagu lain yang popular Huda - Suruhlah Anak Sembahyang


Peristiwa subuh - Raihan
Sebuah kumpulan yang sangat popular pada zaman dahulu
terdapat banyak lagu yang popular...
but den kalau down suka dengar lagu Kasih Sayang..


Aku Tanpa CintaMU - Mirwana feat Jay Jay
no komen kalau anda ternampak FT di lagu ini


Sepohon Kayu - Saujana
lagu epik ni kerana kalau malas solat, gerenti teringat lagu ini..hahaha


Menanti Di Barzakh - Far East


Pergi Tak Kembali - Rabbani 
begitu banyak lagu-lagu nasihat daripada kumpulan Rabbani
Al fatihah kepada arwah Ustaz Asri


Sumayyah - Hijjaz
Antara kumpulan nasyid yang otai masih aktif


Nur Kasih - In-team
lagu-lagu kumpulan ini menjadi kegilaan pada zaman den sekolah
kerana kebanyakkan lagu ala-ala jiwang..


Dami Cinta - UNIC

Sebuah Pertemuan - UNIC

ok kali ini den spam lagu UNIC banyak sikit 
sebab juara GGV musim pertama kan..huhu
den kalau tengok lagu lama UNIC ni mesti tergelak2 tengok Hafiz Hamidun
muka suci gitu...bahaha... gelak jahat...

ok jom kita layan lagu yang tengah 1st tending di YouTube Malaysia
sehingga hari ini iaitu

UNIC – Ainul Mardhiah
versi okestera tahun 2017 

versi asal lagu ini

Sekian, terima kasih.

Resepi Kek Coklat

As-Salam,
Disertakan resepi kek coklat bakar daripada my family...
resepi turun temurun daripada mak su..
mak su pula belajar daripada buku resepi je..

Bahan-bahan beserta sukatan:

1 cawan butter (1 buku)
2  3/4 cawan tepung gandum (suffer fine)
2  1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan serbuk koko
2 cawan air panas atau digantikan 1 cawan air dan 1 cawan susu fresh milk
2 camteh soda bicarbonate
1/2 camteh baking powder
1  1/2 camteh vanilla
1/2 camteh garam

Cara-cara

1. Air panas di gaulkan bersama-sama serbuk koko dan dibiarkan sejuk
    (p.s : air panas boleh digantikan dengan 1 cawan air suam 1 cawan susu suam
             dan 1 cawan serbuk koko. Sila pastikan tiada serbuk koko yang bergumpal)
2. Ayak tepung bersama-sama dengan baking powder, soda bicarbonate dan secubit garam.
    (jika mengunapakai self raising flour hanya perlu menambah s.bicarbonate dan garam sahaja)
3. Butter dan gula diadunkan sekali dengan menggunpakai mixer. Pukul adunan sehingga kembang.
    (Kembang yang dimaksudkan adalah bancuhan tidak terbalik apabila diterbalikkan bowl.
     Bancuhan adalah tidak digalakkan di mix terlalu lama kerana dikuatiri butter akan mencair)
3. Masukakkan vanilla ke dalam bancuhan.
4  Pecahkan dan masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan dan pukul sehingga sebati sahaja.
5. Masukkan tepung dan bancuhan coco berselang seli ke dalam adunan.
    (Dimulai dang tepung dan diakhiri dangan tepung)
6. Bakar kek di dalam oven dengan suhu 300°C  di dalam 40-50 minit.
    (suhu dan masa adalah flexible kerana dikuatiri terlalu kering dan kek perlu dipantau selepas
    naik bau)
7. Apabila sudah masak sila sejukkan di suhu bilik dan boleh meletakkan topping.
    >>resepi topping kek coklat (link untuk resepi topping)

Rupa kek setelah diletakakan topping 

Bancuhan coco, air dan susu suam
Bancuhan adunan yang telah kembang untuk digaukan bersama-sama dengan telur

Aduanan yang perlu digaulkan dengan bancuhan coco dan tepung

Rupa kek yang telah masak

Syawal 2017

As-Salam,

Esok berakhirlah bulan Syawal bagi tahun 1438h
bagi Syawal tahun ini banyak dugaan bagi ku..
antaranya dugaan kesempitan wang kerana perlu renew road tax..
kenapalah harga insyuran road tax perlu naik selepas raya..blah2
termasuklah dugaan di reject peluang kerja di sektor awam..berhuhu la aku di sini lagi..
tetapi jika dibandingkan dengan masalah ku ini sekecil zarah sahaja..
kerana pencipta merindui hambanya untuk merintih kepadanya..
aku rasa bersyukur kerana ini dapat mengajar aku erti susah dan lelah perjalanan hidup ini..
ok itu sahaja aku nak bercoleh..
tujuan sebenar menulis enteri kali ini adalah untuk spam pic raya aja..hahaha

Setiap kali hari raya kalau bergambar untuk family, antara port yang menjadi pilihan adalah
di hujung anjung hadapan rumah..

old pic sudah pada zaman arwah atuk, wan dan nenek 
dan menjadi gambar kesayangan kerana 
only gambar lama yang ada disimpanan dan diframe kan..


untuk tahun ini pic ini je boleh dikatakan cantik 
pic yang lain2 spoil habis..haha

nota kaki:
entah raya tahun ni aku rasa macam x raya.. dengan menolak banyak pelawaan beraya bagai lagi..huhu



Layout baru blogku

Kerana dek kebosanan dihari minggu..
aku  telah cuba try test layout background bagi blogku ini

 Layout sebelum ini

 Layout terkini

sesuai dengan usia sudah..
dah nak munched ini perlu la design blog yang simple but sweet gitu..
wahaha.. bunga2 pink gitu tersangatla munched...
sebarang komentar amatlah digalakkan..
sekian, TQ


Dekorasi Hari Raya

As-salam,

sudah hampir seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri 
kebisaannya terdapat majlis2 rumah/office terbuka...
so untuk merasai felling2 raya ini perlu la ade dekorasi raya ini..
selain menjamu tetamu makan juadah raya..
jika anda mempunyai bajet wang yang lebih anda boleh la berbelanja
untuk setup photobooth seperti dibawah..
sesuai untuk dekorasi office... dengan mengunapakai idea
Chalkboard photobooth ini... 
simple dan dapat menjimatkan ruang dan paling penting mestilah la cantik kan..
contoh seperti di bawah..

deko chalkboard ini adalah daripada 
chalkart.my (id Ig.) 
juga terdapat gmail dan contact no.

dan hasil nurkilan tokok dan tambah menjadi seperti di bawah:

keseluran kos adalah dalam RM4xx 
dengan mengunapakai kerusi yang sediada di office

Namun jika terdapat kekangan kewangan untuk mengupah orang menyediakan deko seperti ini
huum.. maklumklah selepas raya kan.. duit pon dah kering..
anda boleh menyediakan deko sendiri di office dan dirumah 
modal adalah kertas keras/bewarna, printer bewarna, tali dan lain2..
sila tekan link pinterst ini >> eid mubarak decoration 
eid mubarak... kerana web ini international link..
di web pinterst ini mempunyai link ke blog2.. hasil perkongsian blogers
berkenaan idea deko ini... disamping itu juga terdapat penjualan produk2 berkaitan..
antara blog yam menarik untuk dikunjungi daripada link pinters ini adalah:





link-link di atas ini boleh menjadi idea untuk hiasan pejabat/ rumah..
seperti doco di bawah hasil kretiviti dan deko daripada web ini juga..

hasil kretiviti ku dan orang-orang office ku
 siap juga siapkan sudut deko hari raya ini...hehehe

Quotes of the day...

As the people who adore you stop adoring you,
as the die, as they move on, 
as you shed them, as you shed your beauty,
you youth, as the world forgets you,
as you recognize you transience,
as you begin to lose your characteristics one by one,
as you learn there is no-one watching you, and never was,
you think only driving - not coming from any place, 
not arriving any place, just driving, counting off time,
now you are here, at 7.43... now you are here, at 7.44..
now you gone....

source from @redzaminhat ig.

As-Salam,

berkemungkinan terdapat orang yang pernah melalui quotes di atas
dan mungkin hanya berpendapat hanya nurkilan cerita sahaja..
huum..
perkataan driving mungkin boleh bermaksud perjalanan hidup...
dan quotes ini bergantung kepada pemahaman pembaca itu sendiri..

bagi pemahaman aku..
setiap pertemuan terdapat perpisahan...
dan tiada guna untuk berpegang sesuatu harapan..
hidup perlu diteruskan.. walaupon anda angap payah..
sehingga kita kembali kepada -Nya..

bagi aku juga perkataan driving itu bermaksud..
memandu le..boleh dikatakan mengembara... atau move on..

1. Memandu
dengan memandu aku boleh pergi ke suatu tempat dengan lebih mudah..
dengan kereta aku boleh bergerak pergi ke kerja dan pulang ke rumah..
kelakar juga bila teringat dikala masa dahulu..
aku asalnya seorang yang boleh dikatakan fobia tapi lebih mudah
dikatakan malas untuk memandu kereta..
dikala membeli kereta milik sediri pon.. aku hanya mengunapakai
kereta tersebut selepas 4 bulan.. wahaha...
kini aku sudah masuk 1 tahun setengah memandu kenderaan sendiri dijalan raya..
memandu bersendirian..
...dikala hujan yang lebat..
    tidak kira siang atau malam aku pulang ke rumah..
    kalau melalui jalan kg. hujan malam memang golap golita habis..
    so jadi selawat sambil menyanyi je la..haha
..dikala kabus yang tebal..
   boleh dikatakan kalau sebulan mesti terdapat hari dimana kabus tebal
   perlu diharungi untuk ke tempat kerja.. ini baru la dikatakan suasana kg. ..haha
   tapi itu kabus pagi.. aku juga pernah  melalui jalan dikala kabus tebal diwaktu malam..
   ketika pulang dari Cameron Highlands.. golap x payah cite la..
   penglihatan lampu high beam pon x sampai 50 meter..
...dikala mengantok dan penat..
   mengantok ini biasa.. tetapi menjadi luar biasa apabila puasa..
   kerana tidak boleh makan dan minum..
   kalau penat.. memandu memang memenatkan
   mungkin aku perlu berfikir kembali untuk tidak memandu seharian
   pergi dikala awal pagi dan pulang lewat petang untuk KL dari GM
   kerana bila sampai malam...penat yang amat gilos..
dengan memandu ini juga aku sering membawa ayah ku ke klinik/ hospital
dikala beliau sakit..
boleh aku rasa bangga juga sebab ayahku mau naik kereta aku..
kerana my dad rule..
kalau die drive jangan harap la orang lain akan pegang stering tersebut..

2. Mengembara
...boleh menambah pengalaman hidop..
sekarang poan aku sedang mengembara di negeri lain..
untuk mencari rezeki dan pengalaman..
sampai jatuh cinta dengan makanan cek mek moleh dan air tea beng..hahaha

3. Move on
aku tengah hadapi walupon payah..

di bawah contoh gambar berkabus di pejabat tapak aku:

 ini gambar pemandangan biasa pada waktu tengah hari

ini pula pemandangan waktu pagi 
jika waktu kabus tebal..
bukit pon boleh jadi hilang woo..hahaha

Iklan Raya Tahun 2017

As-Salam,

Insayallah minggu hadapan kita akan menyambut hari-hari
yang ditunggu-tunggu oleh kita semua.. setelah hampir 29 hari berpuasa..
iaitu hari raya...yea

Oleh yang demikian untuk mendapatkan feel/aura raya ini 
kebayakkan kita akan mendangar lagu-lagu raya..
x payah nak cari mp3 pon..
kat radio pon dah mula memutarkan lagu-lagu raya...

Selain daripada lagu-lagu raya.. 
saban tahun kita turut disajikan dengan ikan raya di kaca tv..
untuk tahun 2017 ini kebanyakan iklan-iklan yang dihasilkan hebat-hebat belaka..
ada yang mempunyai tema kelakar, sedih  dan lain-lain..
antara-antra iklan-iklan yang menarik pada tahun ini adalah:

ikan yang boleh dikatakan win dan telah mendapat banyak pujian 
kerana mempuyai tema yang kreatif dan vedio yang well edited 
tengok banyak kali pon x bosan..

Iklan TNB #Dugaanraya

Mungkin iklan ini terasa dekat di hati penonton.. seperti aku..
suka juga last part adik die tanya 'kak aida betol ke baju x de'
macam real je..hahaha
tahniah kepada Reservoir Production yang berjaya mengahasilkan
iklan yang berdurasi 4.01 minit ini..

Selain daripada itu, terdapat juga ikan yang bertemakan kelakar
dan diselitkan element sedih di penghujungnya.. antaranya adalah:

Iklan KFC -  Joget abah

Iklan TM - #Keajaiban Ramadhan

Terdapat juga iklan bertemakan pengorbanan seorang ibu dan bapa..

Iklan Astro 
Mengisahkan pengorbanan seorang ayah membesarkan anaknya yang autistik
sempena minggu ke-3 bulan Jun ini aku mengucapkan selamat hari bapa..

Iklan TV3 - #terimakasih
Mengisahkan pengorbanan seorang ibu tunggal membesarkan anak-anak nya

#Pengorbananayah
ok ini iklan kelakor..haha

antara iklan2 raya lain yang menarik adalah:

>> LINAH – Filem Pendek CIMB Hari Raya 2017 - iklan berkenaan anak yatim
>> Iklan BSN - Selamat-kan Hari Raya - iklan kerjasama kaum
>> Wayang Sayang – Filem Raya Maxis 2017 - iklan masam manis rumah tangga


Despacito Cover

As-Salam,
sekarang dalam youtube tular viral cover bagi lagu Despacito...
untuk lagu ini aku x bagi link terus ke music vedio
cos akan tambah dosa mata korang
vedio music asal seksa.. habis pahala pose je..
lirik lagu boleh tahan la agak censored juga..
agak nyer tu la.. lagu ini bahasa Spanyol...
klu tukar english song boleh join Painbull kot..huum
(terdapat cover daripada JB but setengah part memang still bahasa spain)
sila ketepikan lirik dan music vedio...
sebab lagu ini mempunyai tune song yang kalau dengar sekali
mau dengar balik...

so terdapat la banyak cover lagu tersebut...
yang telah ditukar liriknya..
antara lagu malay la...

versi lelaki

versi perempuan

kedua-dua cover ini datang daripada channel youtubers Singapura 
iaitu MrGraphsman™... tahniah aku ucapkan...
rasenyer cover ini not bad la..
tapi aku suka yang version lelaki punyer..hahaha

ok setelah itu terdapat juga over daripada stesen radio..
but aku rase yang ini boleh tahan lawok..

daripada geng pagi hot dan WH & KB

terdapat banyak juga cover2 yang lain.. 
but sila google.. 
sebab ade yang lirik meleret dan 
hentam nanyi sahaja..suara memang sedap...

aku teringat tahun lepas terdapat juga lagu yang viral 
dan banyak cover yang menyanyikan kembali lagu ini...

Humood - Kun Anta

yang ini aku x kisah nyanyi balik lagu die..
cos lirik die memang best..
kbye..


nota kaki:
mula2 nak tulis entry lain.. lain pulok yang keluar..
haha.. 
Despacito ini antara lagu popular lirik entah ape2...
banyak lagu lain yang serupa ini...he3
huum...
untuk pengatahuan anda terdapat juga lagu korea
yang mempuyai lirik lagu lucah.. but music vedio ala2 comel gitu..
dan terdapat juga lirik lagu yang puji tuhan lain...-_-"
so sebelum hentam kormo je dengar..sila2 la tengok lirik lagu dahulu...
takot tersuka lagu tanpa x sengaja pulok...hahaha

Ok...Terima Kasih kerana sudi membaca..
sila jangan kecam aku.. cos hanya tulis pendapat sahaja..

Powered by Blogger.

Followers