catatan 12.45 pg

pagi ini aku masih tidak dapat tido..
padahal letih yang amat..huh
mugkin aku sudah penat dengan drama..
drama tidak dihargai dari pejabat hingga ke rumah sewa.. huh letih..
semalam aku menerima pangilan tel. tentang hal2 yang aku memang nak elak..
letih drama dahulu masih tidak berakhir rupanya.. malahan melarat..
yang di atas terus mendabik dada di atas kemengan.. yang dibawah hanya mampu melihat drama yang dicipta...
setelah segala tenaga dikerahkan..
dan hanya melihat surat kemenagan dan gambar sahaja.. salinan sijil pon x dapat dipegang..
ya aku letih.. dengan drama yang dicipta..
ya aku letih... datang ke kl untuk menguruskan semua benda.. dan akhinya tiada ucapan terima kasih malahan bertanya isu hal yang remeh..
siapa yang patut ke majlis..
tidak perlu bawa si polan kerana x sebulu..
dan bertanya bagaimana nak rahsiakan kemengan yang sudah dijaja.. hahaha memang drama.. rasanya boleh menang oscar aja..
ini menyebabkan aku mahu menyayangi diri sendiri.. dengan mengelak drama ciptaan tersebut..
ya aku dah letih..
1.00am_end

Lagu Nasyid Terbaik pada 90an & 20an

As-Salam,
tahun 90an dan awal 20an antara zaman kenaikan lagu-lagu nasyid..
setanding dengan lagu-lagu jiwang pada zaman tersebut..
mugkin aku yang di sek. agama so memang hadam la lagu-lagu nasyid ini..
antara lagu-lagu nasyid yang popular pada zaman dahulu adalah..

Brothers - Teman Sejati
lagu wajib di nyanyikan apabila menghadiri kem-kem motivasi...ha2
ok ahli kumpulan yang popular adalah Yasin

Sayang-Sayang = Huda
Comel-comel penyayi kumulan ini, sejuk mata je tengok..he2
antara lagu lain yang popular Huda - Suruhlah Anak Sembahyang


Peristiwa subuh - Raihan
Sebuah kumpulan yang sangat popular pada zaman dahulu
terdapat banyak lagu yang popular...
but den kalau down suka dengar lagu Kasih Sayang..


Aku Tanpa CintaMU - Mirwana feat Jay Jay
no komen kalau anda ternampak FT di lagu ini


Sepohon Kayu - Saujana
lagu epik ni kerana kalau malas solat, gerenti teringat lagu ini..hahaha


Menanti Di Barzakh - Far East


Pergi Tak Kembali - Rabbani 
begitu banyak lagu-lagu nasihat daripada kumpulan Rabbani
Al fatihah kepada arwah Ustaz Asri


Sumayyah - Hijjaz
Antara kumpulan nasyid yang otai masih aktif


Nur Kasih - In-team
lagu-lagu kumpulan ini menjadi kegilaan pada zaman den sekolah
kerana kebanyakkan lagu ala-ala jiwang..


Dami Cinta - UNIC

Sebuah Pertemuan - UNIC

ok kali ini den spam lagu UNIC banyak sikit 
sebab juara GGV musim pertama kan..huhu
den kalau tengok lagu lama UNIC ni mesti tergelak2 tengok Hafiz Hamidun
muka suci gitu...bahaha... gelak jahat...

ok jom kita layan lagu yang tengah 1st tending di YouTube Malaysia
sehingga hari ini iaitu

UNIC – Ainul Mardhiah
versi okestera tahun 2017 

versi asal lagu ini

Sekian, terima kasih.

Resepi Kek Coklat

As-Salam,
Disertakan resepi kek coklat bakar daripada my family...
resepi turun temurun daripada mak su..
mak su pula belajar daripada buku resepi je..

Bahan-bahan beserta sukatan:

1 cawan butter (1 buku)
2  3/4 cawan tepung gandum (suffer fine)
2  1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan serbuk koko
2 cawan air panas atau digantikan 1 cawan air dan 1 cawan susu fresh milk
2 camteh soda bicarbonate
1/2 camteh baking powder
1  1/2 camteh vanilla
1/2 camteh garam

Cara-cara

1. Air panas di gaulkan bersama-sama serbuk koko dan dibiarkan sejuk
    (p.s : air panas boleh digantikan dengan 1 cawan air suam 1 cawan susu suam
             dan 1 cawan serbuk koko. Sila pastikan tiada serbuk koko yang bergumpal)
2. Ayak tepung bersama-sama dengan baking powder, soda bicarbonate dan secubit garam.
    (jika mengunapakai self raising flour hanya perlu menambah s.bicarbonate dan garam sahaja)
3. Butter dan gula diadunkan sekali dengan menggunpakai mixer. Pukul adunan sehingga kembang.
    (Kembang yang dimaksudkan adalah bancuhan tidak terbalik apabila diterbalikkan bowl.
     Bancuhan adalah tidak digalakkan di mix terlalu lama kerana dikuatiri butter akan mencair)
3. Masukakkan vanilla ke dalam bancuhan.
4  Pecahkan dan masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan dan pukul sehingga sebati sahaja.
5. Masukkan tepung dan bancuhan coco berselang seli ke dalam adunan.
    (Dimulai dang tepung dan diakhiri dangan tepung)
6. Bakar kek di dalam oven dengan suhu 300°C  di dalam 40-50 minit.
    (suhu dan masa adalah flexible kerana dikuatiri terlalu kering dan kek perlu dipantau selepas
    naik bau)
7. Apabila sudah masak sila sejukkan di suhu bilik dan boleh meletakkan topping.
    >>resepi topping kek coklat (link untuk resepi topping)

Rupa kek setelah diletakakan topping 

Bancuhan coco, air dan susu suam
Bancuhan adunan yang telah kembang untuk digaukan bersama-sama dengan telur

Aduanan yang perlu digaulkan dengan bancuhan coco dan tepung

Rupa kek yang telah masak

Syawal 2017

As-Salam,

Esok berakhirlah bulan Syawal bagi tahun 1438h
bagi Syawal tahun ini banyak dugaan bagi ku..
antaranya dugaan kesempitan wang kerana perlu renew road tax..
kenapalah harga insyuran road tax perlu naik selepas raya..blah2
termasuklah dugaan di reject peluang kerja di sektor awam..berhuhu la aku di sini lagi..
tetapi jika dibandingkan dengan masalah ku ini sekecil zarah sahaja..
kerana pencipta merindui hambanya untuk merintih kepadanya..
aku rasa bersyukur kerana ini dapat mengajar aku erti susah dan lelah perjalanan hidup ini..
ok itu sahaja aku nak bercoleh..
tujuan sebenar menulis enteri kali ini adalah untuk spam pic raya aja..hahaha

Setiap kali hari raya kalau bergambar untuk family, antara port yang menjadi pilihan adalah
di hujung anjung hadapan rumah..

old pic sudah pada zaman arwah atuk, wan dan nenek 
dan menjadi gambar kesayangan kerana 
only gambar lama yang ada disimpanan dan diframe kan..


untuk tahun ini pic ini je boleh dikatakan cantik 
pic yang lain2 spoil habis..haha

nota kaki:
entah raya tahun ni aku rasa macam x raya.. dengan menolak banyak pelawaan beraya bagai lagi..huhu



Layout baru blogku

Kerana dek kebosanan dihari minggu..
aku  telah cuba try test layout background bagi blogku ini

 Layout sebelum ini

 Layout terkini

sesuai dengan usia sudah..
dah nak munched ini perlu la design blog yang simple but sweet gitu..
wahaha.. bunga2 pink gitu tersangatla munched...
sebarang komentar amatlah digalakkan..
sekian, TQ


Dekorasi Hari Raya

As-salam,

sudah hampir seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri 
kebisaannya terdapat majlis2 rumah/office terbuka...
so untuk merasai felling2 raya ini perlu la ade dekorasi raya ini..
selain menjamu tetamu makan juadah raya..
jika anda mempunyai bajet wang yang lebih anda boleh la berbelanja
untuk setup photobooth seperti dibawah..
sesuai untuk dekorasi office... dengan mengunapakai idea
Chalkboard photobooth ini... 
simple dan dapat menjimatkan ruang dan paling penting mestilah la cantik kan..
contoh seperti di bawah..

deko chalkboard ini adalah daripada 
chalkart.my (id Ig.) 
juga terdapat gmail dan contact no.

dan hasil nurkilan tokok dan tambah menjadi seperti di bawah:

keseluran kos adalah dalam RM4xx 
dengan mengunapakai kerusi yang sediada di office

Namun jika terdapat kekangan kewangan untuk mengupah orang menyediakan deko seperti ini
huum.. maklumklah selepas raya kan.. duit pon dah kering..
anda boleh menyediakan deko sendiri di office dan dirumah 
modal adalah kertas keras/bewarna, printer bewarna, tali dan lain2..
sila tekan link pinterst ini >> eid mubarak decoration 
eid mubarak... kerana web ini international link..
di web pinterst ini mempunyai link ke blog2.. hasil perkongsian blogers
berkenaan idea deko ini... disamping itu juga terdapat penjualan produk2 berkaitan..
antara blog yam menarik untuk dikunjungi daripada link pinters ini adalah:





link-link di atas ini boleh menjadi idea untuk hiasan pejabat/ rumah..
seperti doco di bawah hasil kretiviti dan deko daripada web ini juga..

hasil kretiviti ku dan orang-orang office ku
 siap juga siapkan sudut deko hari raya ini...hehehe

Quotes of the day...

As the people who adore you stop adoring you,
as the die, as they move on, 
as you shed them, as you shed your beauty,
you youth, as the world forgets you,
as you recognize you transience,
as you begin to lose your characteristics one by one,
as you learn there is no-one watching you, and never was,
you think only driving - not coming from any place, 
not arriving any place, just driving, counting off time,
now you are here, at 7.43... now you are here, at 7.44..
now you gone....

source from @redzaminhat ig.

As-Salam,

berkemungkinan terdapat orang yang pernah melalui quotes di atas
dan mungkin hanya berpendapat hanya nurkilan cerita sahaja..
huum..
perkataan driving mungkin boleh bermaksud perjalanan hidup...
dan quotes ini bergantung kepada pemahaman pembaca itu sendiri..

bagi pemahaman aku..
setiap pertemuan terdapat perpisahan...
dan tiada guna untuk berpegang sesuatu harapan..
hidup perlu diteruskan.. walaupon anda angap payah..
sehingga kita kembali kepada -Nya..

bagi aku juga perkataan driving itu bermaksud..
memandu le..boleh dikatakan mengembara... atau move on..

1. Memandu
dengan memandu aku boleh pergi ke suatu tempat dengan lebih mudah..
dengan kereta aku boleh bergerak pergi ke kerja dan pulang ke rumah..
kelakar juga bila teringat dikala masa dahulu..
aku asalnya seorang yang boleh dikatakan fobia tapi lebih mudah
dikatakan malas untuk memandu kereta..
dikala membeli kereta milik sediri pon.. aku hanya mengunapakai
kereta tersebut selepas 4 bulan.. wahaha...
kini aku sudah masuk 1 tahun setengah memandu kenderaan sendiri dijalan raya..
memandu bersendirian..
...dikala hujan yang lebat..
    tidak kira siang atau malam aku pulang ke rumah..
    kalau melalui jalan kg. hujan malam memang golap golita habis..
    so jadi selawat sambil menyanyi je la..haha
..dikala kabus yang tebal..
   boleh dikatakan kalau sebulan mesti terdapat hari dimana kabus tebal
   perlu diharungi untuk ke tempat kerja.. ini baru la dikatakan suasana kg. ..haha
   tapi itu kabus pagi.. aku juga pernah  melalui jalan dikala kabus tebal diwaktu malam..
   ketika pulang dari Cameron Highlands.. golap x payah cite la..
   penglihatan lampu high beam pon x sampai 50 meter..
...dikala mengantok dan penat..
   mengantok ini biasa.. tetapi menjadi luar biasa apabila puasa..
   kerana tidak boleh makan dan minum..
   kalau penat.. memandu memang memenatkan
   mungkin aku perlu berfikir kembali untuk tidak memandu seharian
   pergi dikala awal pagi dan pulang lewat petang untuk KL dari GM
   kerana bila sampai malam...penat yang amat gilos..
dengan memandu ini juga aku sering membawa ayah ku ke klinik/ hospital
dikala beliau sakit..
boleh aku rasa bangga juga sebab ayahku mau naik kereta aku..
kerana my dad rule..
kalau die drive jangan harap la orang lain akan pegang stering tersebut..

2. Mengembara
...boleh menambah pengalaman hidop..
sekarang poan aku sedang mengembara di negeri lain..
untuk mencari rezeki dan pengalaman..
sampai jatuh cinta dengan makanan cek mek moleh dan air tea beng..hahaha

3. Move on
aku tengah hadapi walupon payah..

di bawah contoh gambar berkabus di pejabat tapak aku:

 ini gambar pemandangan biasa pada waktu tengah hari

ini pula pemandangan waktu pagi 
jika waktu kabus tebal..
bukit pon boleh jadi hilang woo..hahaha

Iklan Raya Tahun 2017

As-Salam,

Insayallah minggu hadapan kita akan menyambut hari-hari
yang ditunggu-tunggu oleh kita semua.. setelah hampir 29 hari berpuasa..
iaitu hari raya...yea

Oleh yang demikian untuk mendapatkan feel/aura raya ini 
kebayakkan kita akan mendangar lagu-lagu raya..
x payah nak cari mp3 pon..
kat radio pon dah mula memutarkan lagu-lagu raya...

Selain daripada lagu-lagu raya.. 
saban tahun kita turut disajikan dengan ikan raya di kaca tv..
untuk tahun 2017 ini kebanyakan iklan-iklan yang dihasilkan hebat-hebat belaka..
ada yang mempunyai tema kelakar, sedih  dan lain-lain..
antara-antra iklan-iklan yang menarik pada tahun ini adalah:

ikan yang boleh dikatakan win dan telah mendapat banyak pujian 
kerana mempuyai tema yang kreatif dan vedio yang well edited 
tengok banyak kali pon x bosan..

Iklan TNB #Dugaanraya

Mungkin iklan ini terasa dekat di hati penonton.. seperti aku..
suka juga last part adik die tanya 'kak aida betol ke baju x de'
macam real je..hahaha
tahniah kepada Reservoir Production yang berjaya mengahasilkan
iklan yang berdurasi 4.01 minit ini..

Selain daripada itu, terdapat juga ikan yang bertemakan kelakar
dan diselitkan element sedih di penghujungnya.. antaranya adalah:

Iklan KFC -  Joget abah

Iklan TM - #Keajaiban Ramadhan

Terdapat juga iklan bertemakan pengorbanan seorang ibu dan bapa..

Iklan Astro 
Mengisahkan pengorbanan seorang ayah membesarkan anaknya yang autistik
sempena minggu ke-3 bulan Jun ini aku mengucapkan selamat hari bapa..

Iklan TV3 - #terimakasih
Mengisahkan pengorbanan seorang ibu tunggal membesarkan anak-anak nya

#Pengorbananayah
ok ini iklan kelakor..haha

antara iklan2 raya lain yang menarik adalah:

>> LINAH – Filem Pendek CIMB Hari Raya 2017 - iklan berkenaan anak yatim
>> Iklan BSN - Selamat-kan Hari Raya - iklan kerjasama kaum
>> Wayang Sayang – Filem Raya Maxis 2017 - iklan masam manis rumah tangga


Despacito Cover

As-Salam,
sekarang dalam youtube tular viral cover bagi lagu Despacito...
untuk lagu ini aku x bagi link terus ke music vedio
cos akan tambah dosa mata korang
vedio music asal seksa.. habis pahala pose je..
lirik lagu boleh tahan la agak censored juga..
agak nyer tu la.. lagu ini bahasa Spanyol...
klu tukar english song boleh join Painbull kot..huum
(terdapat cover daripada JB but setengah part memang still bahasa spain)
sila ketepikan lirik dan music vedio...
sebab lagu ini mempunyai tune song yang kalau dengar sekali
mau dengar balik...

so terdapat la banyak cover lagu tersebut...
yang telah ditukar liriknya..
antara lagu malay la...

versi lelaki

versi perempuan

kedua-dua cover ini datang daripada channel youtubers Singapura 
iaitu MrGraphsman™... tahniah aku ucapkan...
rasenyer cover ini not bad la..
tapi aku suka yang version lelaki punyer..hahaha

ok setelah itu terdapat juga over daripada stesen radio..
but aku rase yang ini boleh tahan lawok..

daripada geng pagi hot dan WH & KB

terdapat banyak juga cover2 yang lain.. 
but sila google.. 
sebab ade yang lirik meleret dan 
hentam nanyi sahaja..suara memang sedap...

aku teringat tahun lepas terdapat juga lagu yang viral 
dan banyak cover yang menyanyikan kembali lagu ini...

Humood - Kun Anta

yang ini aku x kisah nyanyi balik lagu die..
cos lirik die memang best..
kbye..


nota kaki:
mula2 nak tulis entry lain.. lain pulok yang keluar..
haha.. 
Despacito ini antara lagu popular lirik entah ape2...
banyak lagu lain yang serupa ini...he3
huum...
untuk pengatahuan anda terdapat juga lagu korea
yang mempuyai lirik lagu lucah.. but music vedio ala2 comel gitu..
dan terdapat juga lirik lagu yang puji tuhan lain...-_-"
so sebelum hentam kormo je dengar..sila2 la tengok lirik lagu dahulu...
takot tersuka lagu tanpa x sengaja pulok...hahaha

Ok...Terima Kasih kerana sudi membaca..
sila jangan kecam aku.. cos hanya tulis pendapat sahaja..

Watch Free Online English Movie

kali ni terpakse up kan tajuk entri dalam english
untuk memudahkan carian di google nanti..

untuk menonton english movie secara percuma
boleh pergi ke link2 di bawah :

>>Gomovies
>>123movies


kedua- dua link ini terdapat banyak pop up iklan..
so kena rajin2 tutup popup tersebut..hu2

antara movie2 tahun 2016 & 2017 boleh ditonton secara HD adalah:-
=>Logan
=>Resident evil the final chapter
=>La la land
=>Deadpool (2nd movie akan keluar pada Jun 2018.. lamo lg eh)
=>Rogue one a star wars story

kalau berminat lain movie2 sila search ek...
bulan mei 2017 lepas terdapat banyak movie menarik,
but masih kualiti vid cam lagi,,

dan terdapat juga senarai throwback movie jika berminat:
=>Kingsman the secret service (2nd movie akan keluar bulan Sep. nanti)
=>Wall E (den suka movie ni.. x tau nape)
=>Beauty and the beast (animasi)




Selamat Hari Pekerja..
TQ kerana sudi membaca...

Powered by Blogger.

Followers